TULAR di media sosial mengenai tindakan pemilik rumah yang cuba menjaga satu lot parkir di kawasan perumahan Taman Sri Rompin, Pahang bagi mengelak digunakan oleh orang lain.
Dalam satu hantaran di Facebook, Ismail Mohd Nor memuat naik hantaran dua gambar tab mandi yang berada di hadapan kawasan perumahan berkenaan sehingga ia menyebabkan keretanya tidak dapat parkir di bahagian itu.
"Kubur kata mari rumah kata pergi masih dengki dan haloba. Insaflah," tulisnya.
Situasi meletakkan tab mandi itu sememangnya melahirkan perasaan kurang senang lelaki tersebut terutamanya apabila umum mengetahui kawasan perumahan tidak mempunyai peraturan cop parkir sebegitu rupa.
BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda
Kejadian cop lot parkir itu berlaku di Rompin, Pahang.
BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal
Namun, di ruangan komen penduduk tempatan, Ismail Mohd Nor didakwa sebagai seorang yang sering membuat onar berhubung isu parkir.
Ismail disyaki sering parkir pelbagai keretanya di merata tempat sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai dan penduduk tempatan bertindak menjaga lot parkir daripada diambil.
Malah, banyak aduan yang dibuat tentang tindakannya yang seolah-olah membuat bengkel kereta di kawasan perumahan itu sehingga mengganggu kenderaan lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penduduk berang apabila Ismail sama sekali tidak merasa bersalah tetapi malah memuat naik postingan itu seperti mangsa keadaan.
Antara yang menyuarakan teguran terhadap Ismail termasuk seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Zamir.
Berdasarkan pendedahan Zamir, pengadu sering meletakkan beberapa kereta terpakai di rumah jiran lain sehingga mengundang pelbagai masalah.
"Assalamualaikum tuan rasanya pernah pesan dan bagitau, menghalang pandangan sehingga nombor rumah tak nampak, sampah yang dikumpul tak diambil oleh pihak alam flora alasan tak nampak. Banyak kereta yang terpakai parkir depan rumah awak apa cita ?
"Buat bengkel kereta ke tuan. Kami pun dah bagitau dan whatsapp tuan dengan isteri tuan sendiri dan dah berjumpa dengan isteri tuan sendiri bincang berkaitan dengan ini. Isteri tuan kata dah bagitau tuan sendiri berkaitan dengan ini. Saya rasa tiada orang yang senang kalau park kereta banyak depan rumah orang lain. Maaf ya tuan," tulis Zamir.
Seorang lagi pengguna dikenali dengan nama Sya Syazz, turut mengecam Zamir dengan menyatakan tindakannya menyusahkan orang lain.
"Tuan yang salah. Tuan yang muat naik gambar. Nak minta sokongan ke apa ni? Dah tuan parkir kereta sepanjang lorong merata tak kira depan umah orang. Memanglah orang itu letak benda tu.
"Tanda dia tak setuju dan tak suka tuan parkir sesuka hari. Tak rasa menyusahkan orang ke? ke memang xde perasaan?," tulis Sya Syazz.
"Yang tiada otak pergi parking depan rumah tu kenapa? Patut lah tuan rumah buat macam ini," tulis Mohd Nazrin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram