SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Dalam satu pengumuman pada Khamis, SPR berkata, Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 22 Jun ini.
Pada 27 Mei lalu, Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang menyerahkan pemakluman mengenai kerusi DUN Sungai Bakap yang kosong kepada SPR berikutan kematian ADUN Nor Zamri Latiff.
BACA LAGI: [VIDEO] Pertama kali berlaku, kuasa Speaker Dewan Rakyat penentu nasib kerusi 6 MP BERSATU
BACA LAGI: Bukan deposit tetap mana-mana parti, PRK Sungai Bakap mungkin saksikan persaingan terbuka 4 penjuru
Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pulau Pinang Dr Siti Nazariah Abdul Zalim di perkarangan DUN.

Allahyarham Nor Zamri meninggal dunia pada 24 Mei lalu.
Nor Zamri, 56, meninggal dunia pada pukul 1.38 tengah hari pada 24 Mei lalu ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Seberang Jaya akibat radang pada perut.
Ketua PAS Nibong Tebal memperoleh 15,433 undi pada pilihan raya negeri Ogos 2023, menewaskan Nurhidayah Che Rose dari Pakatan Harapan dengan majoriti 1,563 undi. — The Star/TAN YI LIANG
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
