Mahkamah Tinggi benarkan afidavit Wan Rosdy sokong permohonan tahanan rumah Najib


Mahkamah membenarkan Najib Razak menghantar permohonan dua afidavit bagi membenarkannya untuk dipenjara di rumah.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan dua afidavit bagi menyokong permohonan mendapatkan kebenaran menjalani tempoh penjara di rumah selama enam tahun.

Susulan itu, Hakim Amarjeet Singh menetapkan 3 Julai nanti untuk menyampaikan keputusannya dalam permohonan Najib untuk semakan kehakiman.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC) pula mengesahkan bahawa mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk keputusan itu berikutan pemasukan dua afidavit tambahan.

BACA LAGI: MB Pahang fail afidavit sokong permohonan Najib isu tahanan rumah

BACA LAGI: Tindakan Zahid fail afidavit sokong Najib kekal tahanan rumah atas kapasiti Presiden Umno — Anwar Ibrahim

2716360

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut memfailkan afidavit sekali gus menyokong permohonan Najib itu.

Kedua-dua afidavit disokong oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail manakala satu lagi disahkan dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-25 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, Selangor pada April lalu.

Shamsul berkata, AGC sebelum ini membuat bantahan terhadap dua afidavit yang akan dikemukakan kerana ia difailkan di luar tempoh ditetapkan.

"Bagaimanapun, permohonan untuk memasukkan afidavit telah dibenarkan oleh mahkamah," katanya pada Rabu.

Shafee Abdullah, (C), chief lawyer of Malaysia's former prime minister Najib Razak arrives in court in Kuala Lumpur on September 20, 2018. - Malaysia's ex-leader Najib Razak arrived in court on September 20 to face a barrage of charges relating to $681 million of state funds that allegedly ended up in his personal bank account. (Photo by MOHD RASFAN / AFP)

Shafee Abdullah, peguam mewakili Najib. — The Star

Sementara itu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga mengesahkan afidavit tersebut telah diterima oleh mahkamah.

Untuk rekod, Najib memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman pada 1 April lepas.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Pesuruhjaya Negara Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Ketua Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan sebagai responden pertama hingga ketujuh. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram