Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan bakal disambung


  • 112
  • Khamis, 06 Jun 2024

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam 6 Disember lalu.

TEMPOH tahanan reman bagi ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang akan tamat pada Jumaat dijangka disambung lagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar memaklumkan pihaknya akan membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap pasangan itu.

"Esok (Jumaat) kita akan mohon untuk menyambung reman," katanya pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Pertama kali berlaku, kuasa Speaker Dewan Rakyat penentu nasib kerusi 6 MP BERSATU

BACA LAGI: Bukan deposit tetap mana-mana parti, PRK Sungai Bakap mungkin saksikan persaingan terbuka 4 penjuru

Peguam mewakili pasangan tersebut sebelum ini memaklumkan beliau tidak dibenarkan bertemu mereka yang kini berada dalam tahanan reman.

Fahmi Abd Moin yang juga Bekas Timbalan Pendakwa Raya dilaporkan berkata, beliau sudah memohon jasa baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertemu namun tidak dibenarkan.

2727773

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar

Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di Puncak Alam kira-kira pukul 11 pagi pada Jumaat lalu.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di Damansara Damai dan mayatnya ditemukan dekat sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Pangsapuri Idaman.

Laporan bedah siasat mendapati mangsa mempunyai kesan luka di leher dan badan, sekali gus menyimpulkan bahawa kanak-kanak berusia enam tahun itu mati dibunuh. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram