iMHome Property, KAB Gold tawar peluang miliki rumah impian hanya guna emas


  • Bizz
  • Khamis, 06 Jun 2024

Emas akan ditukarkan kepada tunai sebelum dijadikan wang pendahuluan sehingga 50 peratus daripada kos pembinaan rumah kediaman.

IMHOME Property Management Sdn Bhd (iMHome) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (KAB Gold) bertujuan membolehkan orang ramai yang memiliki simpanan emas fizikal bagi membina rumah idaman mereka.

Majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur itu turut dihadiri Ketua Pegawai Pemasaran iMHome Sdn Bhd, Hj Shahrul Izuan Shafie dan Ketua Pegawai Eksekutif KAB Goldynamics Sdn Bhd, Khairul Anuar Basri.

Ketua Pegawai Pemasaran iMHome, Shahrul Izuan Shafie berkata, ia merupakan kerjasama win-win pertama seumpamanya diperkenalkan dengan menjadikan pemilikan emas tersebut sebagai kaedah pembayaran alternatif kepada rakyat Malaysia.

BACA LAGI: KESUMA akan hantar memo pertimbangan dasar berkaitan Laporan Interim Suruhanjaya Pekerja Gig

BACA LAGI: Laporan interim berhubung Suruhanjaya Pekerja Gig akan dibentangkan kepada Kabinet pada Jun — KSM

msg1050426791-33301

iMHome memeterai perjanjian persefahaman dengan KAB Gold.

Ditubuhkan pada tahun 2016, iMHome Property menjadi sebuah syarikat kontraktor Bumiputera sudah membangunkan beratus-ratus buah rumah kediaman pelbagai jenis berkualiti tinggi di seluruh negara melalui pembayaran secara tunai.

Shahrul berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan KAB Gold dalam menawarkan solusi terbaharu yang memberi peluang kepada orang ramai menggunakan pegangan emas sama ada jongkong, kepingan emas atau barangan kemas untuk membina rumah kediaman yang diinginkan.

"Kini, semakin ramai yang membeli emas bagi tujuan pelaburan atau simpanan masa depan mereka. Popularitinya meningkat kerana ia menawarkan keuntungan yang berlipat kali ganda sejak kebelakangan ini.

"Di bawah kerjasama ini, iMHome akan membangunkan rumah kediaman manakala KAB Gold pula bertindak sebagai pengurus transaksi jualan emas antara pelanggan dengan iMHome Property termasuklah menentu sahkan ketulenan dan nilai semasa pegangan emas fizikal tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, KAB Gold akan menukar emas milik pelanggan yang terlibat kepada tunai sebelum dijadikan wang pendahuluan sehingga 50 peratus daripada kos pembinaan rumah kediaman.

"Kami melihat usaha ini sebagai langkah penting dalam meningkatkan keupayaan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri.

"iMHome property misalnya menawarkan pelbagai reka bentuk rumah kediaman serendah RM65,000 dan ke atas," katanya.

msg1050426791-33300

iMHome property bekerjasama dengan KAB Gold dalam menawarkan solusi terbaharu bagi mereka yang mahu memiliki rumah.

Shahrul pada masa sama berkata, kemudahan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk 40,000 ahli KAB Gold di seluruh negara.

Katanya, mereka yang mempunyai emas fizikal juga boleh membina rumah inap desa bagi meningkatkan pendapatan, sekali gus menjadi usahawan dalam perniagaan tersebut.

Ia merupakan antara dimensi baharu pemasaran syarikat selain memperluaskan lagi akses kepada pemilikan rumah yang lebih fleksibel dan inovatif.

"Kami mahu membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah idaman mereka, sambil memanfaatkan pegangan emas sebagai aset untuk pembayaran.

"Ini tidak hanya memudahkan proses pemilikan rumah, tetapi juga memberikan peluang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat," jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KAB Gold, Khairul Anuar Basri pula berkata, kerjasama yang dimeterai kedua-dua pihak adalah bertujuan mendidik rakyat Malaysia supaya melihat emas bukan sekadar alat pelaburan semata-mata.

Beliau berkata, langkah memanfaatkan simpanan emas untuk memiliki rumah kediaman, dijangka dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyimpan emas terutamanya melalui KAB Gold.

"Kemudahan ini adalah satu peluang yang sangat baik dalam memiliki rumah secara bayaran penuh tanpa perlu bergantung kepada hutang pembiayaan yang agak membebankan," tambahnya.

Pada majlis berkenaan, MoU tersebut dimeterai oleh Ketua Pegawai Pemasaran iMHome, Shahrul Izuan Shafie dan Khairul Anuar Basri bagi pihak KAB Gold.

iMHome Property Management Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang menyediakan perkhidmatan pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

msg1050426791-33302

iMHome akan membangunkan rumah kediaman manakala KAB Gold pula bertindak sebagai pengurus transaksi jualan emas dengan pelanggan.

Perkhidmatan pembinaan rumah yang ditawarkan adalah berpatutan dengan kos pembinaan antara terendah dalam pasaran.

"iMHome mampu memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh Semenanjung Malaysia. Syarikat itu telah ditubuhkan pada 2016 dan mula beroperasi di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan kini beroperasi di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

"Pihak kami juga menawarkan 18 pakej yang terdiri daripada 12 pakej rumah setingkat dan enam pakej rumah semi-detached (Semi-D)," katanya.

Sebanyak lima pakej custom made juga boleh didapati pada harga berbeza mengikut ukuran setiap kaki.

iMHome telah merealisasikan rumah idaman pelanggan dengan sempurna yang mana pada tahun 2021 mereka berjaya membina lebih 240 unit rumah dan terus berkembang sehingga hampir 760 rumah sehingga tahun 2024.

KAB Goldynamics Sdn. Bhd. dahulunya dikenali sebagai Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dengan suatu visi dan misi yang sangat besar buat seluruh rakyat Malaysia.

Para pelanggan kab gold bukan sahaja boleh membeli emas dan perak fizikal secara patuh Syariah di KAB Gold, tetapi mereka juga boleh mendapat pembelian emas secara bermuamalah dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut hubungi Pn Zatil di talian 016-7820304 atau e-mel, [email protected]. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram