PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang dia mahu kekal tidak terlibat berkenaan isu titah tambahan yang melibatkan tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Anwar, perkara itu termaktub kepada bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang melibatkan Yang Di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.
Kata Anwar, pendirian kerajaan adalah tidak mahu mencabar mana-mana keputusan yang melibatkan institusi beraja di mahkamah, sebaliknya tetap akur dengan sebarang keputusan yang diberikan.
"Saya tidak mahu terlibat dalam perbincangan soal addendum kerana ini bidang kuasa Lembaga Pengampunan, selepas itu kuasa mutlak dan wewenang sepenuhnya Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu.
"Sepatutnya semua pihak terima kenyataan itu dan terus dengan tumpuan kita untuk menjamin keamanan, kuatkan kestabilan politik negara dan membangunkan negara," kata Anwar memetik laporan Buletin TV3.
BACA LAGI: Polis Kajang siasat kes budak perempuan 8 tahun dicederakan anak jiran pengasuh
Anwar menganggap tindakan Zahid (kiri) itu atas kapasitinya sebagai Presiden Umno. — Agensi
BACA LAGI: 'Tunggu Hari Pekerja', Anwar bagi 'hint' gaji penjawat awam bakal naik
Dalam masa yang sama, Anwar turut tidak mahu mengambil pusing mengenai tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menfailkan afidavit di mahkamah.
Tindakan Zahid memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu adalah untuk memberikan perintah tambahan agar Najib akan terus kekal menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan rumah.
Menurut Anwar, tindakan tersebut dilakukan atas kapasitinya sebagai Presiden Umno.
"Itu beliau lakukan sebagai Presiden Umno. Pendirian kita semua, urusan yang melibatkan raja-raja tidak boleh dicabar.
"Sebab itu saya tidak mahu mengulas selain mengatakan ini prinsip dan pendirian kerajaan bukan hanya sekarang, (tapi) sejak merdeka sampai sekarang," ujar Anwar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram