Jangan berulang lagi, pelajar IPT diingatkan tidak jual baucar buku


  • Primer
  • Jumaat, 31 Mei 2024

Zambry tidak mahu pelajar IPT menyalahgunakan baucar buku yang diberi. — GLENN GUAN/The Star

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengingatkan kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk tidak menjual semula baucar buku yang diberikan.

Zambry berkata demikian selepas kerajaan akan mengagihkan baucar buku bernilai RM100 kepada 1.2 juta pelajar bermula dari pelajar tahun 4 sekolah rendah hinggalah ke penuntut IPT.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Zambry berkata, beliau tidak mahu perkara sama berulang sewaktu pelaksanaan mekanisme serupa sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

BACA LAGI: Cuma tinggal 9,000 keluarga, kemiskinan tegar di Sabah selesai Julai, tegas PM Anwar

BACA LAGI: Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel: Kerajaan boleh tingkat kualiti perkhidmatan — Amir Hamzah

"Kita mengharapkan agar kisah lama tidak berulang," ujar Zambry secara ringkas mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, menerusi laporan The Star, Zambry mengatakan yang agihan baucar buku itu dilakukan secara berperingkat bermula Jumaat. Untuk permulaan, fokus akan tertumpu kepada Pesta Buku Antarabangsa 2024.

Selepas daripada pesta tersebut, Zambry mengatakan yang cara agihan baucar tersebut akan diumumkan oleh Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Zaini Ujang.

"Barangkali akan dibuat secara berperingkat, sebagai contoh di peringkat universiti, politeknik dan sebagainya.

"Kita sudah adakan mesyuarat dan beliau (Zaini) akan umumkan apakah pendekatan atau langkah-langkah bagi membolehkan pelaksanaan (pemberian baucar buku) dapat disegerakan," ujar Zambry. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram