[VIDEO] Isu Kampung Sri Makmur: Wanita bernama Nora disyaki jadi dalang, sewa rumah 7 pintu kepada warga asing


  • Tular
  • Selasa, 04 Jun 2024

Antara rumah penduduk yang sudah dirobohkan bersama sepanduk protes terhadap pihak PTD Gombak. — The Star

ISU perobohan rumah penduduk di Kampung Sri Makmur, Gombak, Selangor kini semakin berpanjangan apabila terdapat dakwaan baharu berhubung penyewaan rumah.

Melalui video tular di media sosial sejak Selasa, seorang wanita dikenali dengan nama Nora dipercayai menyewakan rumah dengan tujuh pintu kepada warga warga asing.

"Dia duduk luar, rumah bagi sewa kepada warga Myanmar. Kita tak pernah bagi sewa, ada satu rumah satu pintu sahaja," dakwa penduduk dalam video tular berkenaan.

BACA LAGI: 'Jadi pembaca buku tak cukup lahirkan kesedaran sivik', pengunjung sedih PBAKL berakhir dengan longgokan sampah

BACA LAGI: Tiada kutipan bulanan nak cop parkir, mengadu ke PBT pun buat tak tahu — Penduduk PPR

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

msg1050426791-33153

Tangkap layar video memaparkan beberapa penduduk yang meluahkan protes terhadap pihak berkuasa berhubung perobohan di kawasan itu.

"Semakin hangat setiap hari, baru dengar minggu lepas dari wakil anak perempuan yang buka kampung itu sekarang tinggal sembilan keluarga sahaja benar-benar layak," komen Michael Loh.

Dakwaan tersebut juga dilontarkan oleh beberapa penduduk yang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pejabat Tanah Galian Gombak pada 27 Mei lalu.

Sebelum ini, rakyat digemparkan dengan isu perobohan itu yang menyebabkan beberapa penduduk kehilangan tempat berteduh.

Tindakan itu turut disifatkan sebagai pengusiran secara paksa kerana tidak mengambil peduli tentang nasib penduduk.

Namun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari menggesa penduduk yang terkesan menunjukkan bukti mereka adalah penduduk asal untuk mendapatkan penempatan semula selain tidak menerima pampasan semula daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, PTD Gombak pula berkata, tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan yang menceroboh tanah hak milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 27 dan 28 Mei lepas itu adalah berdasarkan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.

Menurutnya, kesemua barangan, naskah al-Quran, ayat dan kalimah suci atau apa juga bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran telah dialihkan ke tempat yang selamat bagi memelihara kesucian dan kehormatan kitab suci itu, di samping mengelakkan kerugian kepada pemilik struktur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram