[VIDEO] Pagar Istana Johor rosak dirempuh pemandu Vios akibat jalan licin


  • 112
  • Isnin, 03 Jun 2024

Kemalangan yang berlaku pada petang Ahad itu kemudiannya tular di media sosial.

SEBUAH kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki terbabas sehingga merempuh pagar Istana Besar di Johor pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, pemandu kereta berusia 25 tahun yang memandu berseorangan terbabas akibat permukaan jalan yang licin.

“Kereta dipandu lelaki itu terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain. Kita juga mendapati pemandu kereta itu tidak berada dalam keadaan mabuk dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah,” katanya.

BACA LAGI: Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara mengaku salah, kena penjara 2 bulan

BACA LAGI: Balai diserang, polis tingkat kawalan Istana Johor — Ketua Polis Negara

Raub berkata, tiada kecederaan dialami pemandu terbabit dan lelaki itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial sebuah kereta Toyota Vios mengalami kemalangan sehingga merempur pagar istana berkenaan sehingga menyebabkannya mengalami kerosakan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram