Raja Perlis selamat menjalani pembedahan kaki kali kedua


  • Primer
  • Selasa, 28 Mei 2024

Raja Perli selamat menjalani pembedahan kaki HTF, Kangar, Perlis pada Isnin. — The Star

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selamat menjalani pembedahan kaki di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis pada Isnin.

Istana Arau dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, baginda kini berada dalam keadaan stabil dan pembedahan selesai tanpa sebarang masalah.

Menurutnya, baginda dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid memberikan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat jelata.

BACA LAGI: Siklon Remal: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan sentiasa waspada, patuh arahan pihak berkuasa

BACA LAGI: Polis kesan fans NFSC buat kecoh, rosakkan pagar besi Stadium MBPJ

Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail deliverimg his speech after Datuk Seri Azlan Man sworn in as Perlis Mentri Besar  at  Istana Arau in Arau, Perlis on May 24, 2018. / Star pic by MUSTAFA AHMAD / The Star / May 24, 2018.

Raja Perlis pernah menjalani pembedahan kaki pada 1 April 2023. — The Star

"Dalam keadaan ini juga, baginda akan terus bersemayam di Wad Diraja HTF sejurus selesai pembedahan bagi menjalani proses rawatan pemulihan sepenuhnya dan juga untuk berehat.

"Selain itu juga, baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih semua kaum kerabat serta sahabat handai yang tidak putus-putus mendoakan kehadrat Allah SWT agar baginda dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan segera," katanya.

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail yang sedang memangku jawatan selaku Pemangku Raja Perlis menyeru seluruh rakyat agar sentiasa berdoa untuk kesejahteraan serta kesembuhan buat baginda.

Pada masa sama, Tuanku Syed Faizuddin bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Tengku Puteri Mahkota Perlis, Datuk Seri Sharifah Fazira Jamalullail turut berangkat ke HTF ketika pembedahan dilaksanakan.

"Turut sama adalah cucunda baginda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail," katanya.

Sebelum ini, Raja Perlis pernah menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali kanan di Hospital Putrajaya (HPJ) pada 1 April 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram