![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2024/05/18/2701715.jpg)
RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lalu susulan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang akan menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.
Istana Arau memaklumkan, Syed Sirajuddin kemudiannya akan melalui proses rehabilitasi selepas pembedahan tersebut.
"Syed Sirajuddin juga menyeru agar semua rakyat Perlis memberi sokongan penuh kepada anakanda baginda yang akan menggalas amanah sebagai Pemangku Raja Perlis dalam tempoh tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA LAGI: Selain bilik darjah, 3 lagi fasiliti murid sekolah yang perlu ditambah baik
BACA LAGI: Sayang gol ke-4 Jafri Chew batal, Sabah berpeluh menang tipis dapat 'good fight' skuad KDN
Raja Muda Perlis yang akan memangku jawatan ayahandanya selama empat bulan. — The star
Raja Perlis turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, kaum kerabat Diraja, para sahabat handai dan khususnya rakyat Perlis yang dikasihi atas doa dan ucapan sempena sambutan Ulang tahun Keputeraan Raja Perlis itu yang ke-81 pada Jumaat.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Perlis, Jalan Raja Muda, Kangar pada Jumaat, kata kenyataan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram