SERAMAI sembilan pekerja asing berjaya diselamatkan dalam kejadian sebuah papan iklan yang terbakar di tepi Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya, Selangor dilaporkan terbakar pada Jumaat.
Menerusi video tular di media sosial, kelihatan asap hitam tebal yang berkepul-kepul keluar dari papan tersebut terletak berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Keadaan itu sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi tersebut.
BACA LAGI: Lelaki cedera parah, aksi tikam-menikam sekumpulan lelaki bergaduh di 'Kedai CC' dirakam dekat Ipoh
Ok bukan bangunan kwsp tp papan iklan digital dekat dgn bangunan kwsp pj terbakar..jalan arah ke shah alam mmg tgh tutup penuh pic.twitter.com/e8iocSz6po
— Abang Roy (@roykage) May 31, 2024
Menurut salah seorang mangsa, berlakunya litar pintas pada papan iklan elektronik tersebut sebelum api merebak ke atas.
Pada masa sama, seorang daripada sembilan mangsa cedera di lengan manakala seorang lagi melecur.
Pasukan keselamatan turut dilihat berada di tempat kejadian untuk membantu mangsa yang terlibat.
Pihak bomba kini masih berusaha memadamkan api di lokasi kejadian.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
Kejadian itu juga menyebabkan kesesakan lalu-lintas luar biasa di Lebuhraya Persekutuan. — The Star/HO JIA WEN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram