
HUJUNG minggu pastinya mengujakan buat si penggemar aktiviti luar apabila hari mereka diisi dengan kunjungan ke The Great Outdoor Expo 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SSCC), Shah Alam di Selangor.
The Great Outdoor Expo 2024 diadakan pada Jumaat sehingga 2 Jun ini bermula pukul 10 pagi setiap hari dengan menampilkan variasi pameran dan jualan pelbagai jenama popular yang tentu sekali menarik perhatian peminat aktiviti luar.
Star Media Group (SMG) selaku penganjur membawa lebih 40 peserta pameran dan lebih 50 jenama dengan membahagikan The Great Outdoor Expo 2024 kepada beberapa bahagian termasuk Kampung Camper, Trak Makanan, Sesi Ceramah Inspirasi dan Peraduan.
BACA LAGI: Tak dipanggil Kim Pan-gon, Sergio Aguero bakal kendali skuad akademi
BACA LAGI: Reziq Bani Hani, Saddil Ramdani antara 4 bintang tumpuan bakal tunjuk belang di Indonesia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Media Group Bhd (SMG), Chan Seng Fatt berkata, The Great Outdoor Expo 2024 bukan sekadar memberi pengalaman berbeza untuk penggemar aktiviti luar tetapi menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Usaha kami (SMG) adalah selaras dengan misi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Di samping itu, aktiviti ini bukan hanya mendorong pertumbuhan ekonomi, tetapi juga menggalakkan masyarakat tempatan meningkatkan kemahiran sambil menyokong pertumbuhan aktiviti ini.
“Ekspo ini boleh menjadi medium buat orang ramai mendengar sendiri daripada pakar industri dan peminat aktiviti luar yang akan berkongsi pandangan, pengalaman dan petua mereka untuk manfaat pengunjung di kemudian hari,” katanya pada Majlis Pelancaran The Great Outdoor Expo 2024 di SSCC Shah Alam pada Jumaat.
Seng Fatt ketika Majlis Pelancaran The Great Outdoor Expo 2024 di SSCC Shah Alam pada Jumaat.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia Sukan, Adam Adli Abdul Halim.
Tambah Seng Fatt, usaha SMG mengadakan acara sebegini secara tidak langsung menyambut baik insentif cukai dan pengecualian yang diumumkan oleh kerajaan untuk peralatan sukan dan latihan.
Sebelum ini, KBS telah mengumumkan inisiatif baharu pelepasan cukai yang dimasukkan bagi perbelanjaan sukan termasuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan yang terhad sehingga RM1,000.
Dalam pada itu, Adam Adli turut memberi penghargaan kepada SMG kerana memainkan peranan dan menjadi medium untuk mengajak rakyat Malaysia memulakan gaya hidup lebih sihat.
“Inisiatif ini adalah salah satu strategi yang lebih berkelanjutan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri sukan dan memperkenalkan gaya hidup yang lebih sihat di antara negeri.
Adam Adli (kanan) memberi penghargaan kepada SMG kerana memainkan peranan dalam memulakan gaya hidup lebih sihat.
“Star Media Group memainkan peranan mereka dengan memanfaatkan aktiviti luar dan saya yakin lebih ramai individu di Malaysia akan dapat memulakan hidup yang lebih sihat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Star Media Group kerana kerja dan usaha untuk menganjurkan ekspo sebegini. Selepas ini, kita boleh berkolaborasi antara industri sukan dan Star Media Group terutamanya dalam aktiviti seperti ini,” jelasnya.
Ekspo tiga hari ini menawarkan segala-galanya yang diingini oleh pengunjung seperti peralatan menyelam, berbasikal, alat memancing, aksesori perkhemahan, tiket taman tema dan juga makanan.
Tidak lupa juga beberapa pameran kenderaan 4x4 untuk pengembaraan, kereta EV, basikal, bot, jet ski dan banyak lagi yang boleh diterokai pengunjung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram