Periksa tangki minyak kenderaan di sempadan langkah kreatif tangani ketirisan — Menteri Kewangan II


  • Primer
  • Jumaat, 31 Mei 2024

Selain aspek penguatkuasaan, pelbagai langkah lain perlu dilaksanakan untuk mengurangkan kadar ketirisan diesel yang merugikan negara. — Gambar hiasan

KETIRISAN yang mencecah berbilion ringgit akibat kegiatan penyeludupan, rasuah dan amalan menyorok bahan api mendorong kerajaan melaksanakan subsidi diesel secara bersasar dalam masa terdekat.

Malahan, data menunjukkan subsidi diesel telah meningkat 10 kali ganda akibat aktiviti tidak bertanggungjawab itu iaitu dari RM1.4 bilion pada 2019 kepada RM14.3 bilion pada tahun lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika memaklumkan perkara itu berkata, penggunaan segmen komersial yang tidak layak juga menyumbang kepada situasi berkenaan.

BACA LAGI: Sejuta 'fleet card' disediakan sebelum pelaksanaan kawalan subsidi diesel — Menteri

BACA LAGI: Rasionalisasi subsidi diesel di semenanjung akan dilaksanakan tahun ini — KPDN

Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. —AZHAR MAHFOF/The Star

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

"Daripada segi penggunaan diesel bersubsidi pula, ada kenaikan 1.8 kali ganda iaitu 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 bilion liter pada 2023.

"Angka ini diperoleh susulan peningkatan aktiviti penyeludupan dan penggunaan oleh segmen komersial yang tidak layak pula telah menyebabkan jualan diesel komersial menurun dua bilion liter setahun," katanya pada sesi taklimat bersama pengarang media di Kementerian Kewangan pada Rabu.

Sehubungan itu, Amir Hamzah berkata, selain aspek penguatkuasaan, pelbagai langkah lain perlu dilaksanakan untuk mengurangkan kadar ketirisan yang merugikan negara.

"Ketirisan di sempadan misalnya, kerajaan perlu fikirkan idea yang lebih kreatif selain tindakan penguatkuasaan.

"Contohnya apa yang Singapura buat kepada kita, jika nak masuk ke Malaysia perlu periksa tangki minyak kenderaan ada sekurang-kurangnya tiga perempat.

"Mungkin kita boleh lakukan perkara sama tetapi reverse check dan banyak lagi yang perlu dilakukan," katanya.

Petrol prices being displayed at an digital board outside petrol station. The government planning to implement a price control programme on RON95 petrol, diesel and LPG, which is expected to involve subsidies of RM6bil this year. — YAP CHEE HONG/The Star

Subsidi diesel meningkat 10 kali ganda akibat aktiviti penyeludupan, rasuah dan amalan menyorok bahan api. — Gambar hiasan

Tambah Amir Hamzah lagi, sukar untuk menangani isu ketirisan walaupun kerajaan meningkatkan operasi penguatkuasaan berlipat kali ganda.

Oleh yang demikian katanya, sistem dan mekanisme yang berkesan di mana subsidi hanya melibatkan pihak yang layak.

"Maklum balas yang diterima ketika ini, orang luar negara mula resah apabila mendapat tahu mengenai langkah diambil kerajaan sekarang kerana sumber bahan api mereka akan naik harga dan ia sekali gus menunjukkan memang bahan api kita beri manfaat kepada rakyat asing kerana harga di Malaysia lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini," katanya.

Ketika ini, diesel bersubsidi dirasai hampir semua pengguna di Malaysia seperti pengangkutan awam (RM1.88 seliter), nelayan (RM1.65 seliter), kenderaan komersial (RM2.15 seliter) dan kenderaan peribadi sebanyak RM2.15 seliter.

Selain itu, perbezaan harga diesel di negara jiran seperti Thailand (RM4.12 seliter), Filipina (RM4.79 seliter) dan Myanmar pula sebanyak RM5.38 seliter menyumbang kepada kegiatan penyeludupan rentas sempadan.

"Untuk kita kurangkan ketirisan, cara yang paling senang ialah kita apungkan harga. Bila apungkan harga (diesel), tiada perbezaan antara retail dengan komersial. Jadi, tiadalah insentif untuk orang memindahkan diesel subsidi kepada komersial kerana rugilah dan tiada siapa yang berpeluang untuk meraih keuntungan (dengan menyalahgunakan diesel subsidi)," kata Amir Hamzah.

Malahan, ketika ditanya bila mekanisme berkenaan akan dilaksanakan, beliau hanya memberi bayangan ia akan bermula tahun ini.

Ketika menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, 21 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi ke atas diesel yang berupaya menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun.

Sebagai permulaan, langkah itu tidak membabitkan pengguna di Sabah dan Sarawak kerana kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk kenderaan harian mereka.

Ketika menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, 21 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi ke atas diesel yang berupaya menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun.

Sebagai permulaan, langkah itu tidak membabitkan pengguna di Sabah dan Sarawak kerana kebanyakan keluarga di kedua-dua negeri berkenaan menggunakan diesel untuk kenderaan harian mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram