Sejuta 'fleet card' disediakan sebelum pelaksanaan kawalan subsidi diesel — Menteri


  • Primer
  • Khamis, 30 Mei 2024

Sejuta 'fleet card' akan disediakan sebagai persediaan pelaksanaan SKDS 2.0 kelak. — Gambar hiasan/The Star

SEBANYAK sejuta fleet card disediakan syarikat bahan api sebagai persediaan sebelum pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 apabila sistem itu dilaksanakan kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah kad itu disasarkan bagi memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui SKDS 2.0 yang dianggarkan berjumlah 410,000 buah kenderaan.

"Syarikat-syarikat yang layak memohon di bawah SKDS 2.0 disarankan tidak menangguh dan memohon bagi mendapatkan surat kelulusan sekali gus memohon fleet card daripada syarikat minyak. Pada masa sama, beberapa syarikat bahan api boleh mengeluarkan kad tersebut dalam masa kurang daripada seminggu," katanya pada Khamis.

BACA LAGI: Nahas TLDM: Helikopter Fennec tak ikut laluan, ketinggian ditetapkan

BACA LAGI: Harga 8 bahan mentah dalam perhatian KPDN Sabah sempena Kaamatan

2709959

Kerajaan sebelum ini memaklumkan, terpaksa menanggung kos subsidi diesel melebihi RM1 bilion sebulan yang membabitkan kerugian mencecah RM4.5 juta sehari. — Gambar hiasan

Armizan berkata, kenderaan yang layak di bawah program itu juga boleh membuat permohonan secara dalam talian.

Katanya, ia disepadukan dengan MySIKAP yang berada di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekali gus membolehkan pemohon menyemak status permohonan mereka.

"Sekiranya maklumat yang dikemukakan mereka lengkap, permohonan mereka boleh diluluskan serta-merta," tambahnya.

Tambahnya, syarikat yang mempunyai kenderaan yang layak untuk SKDS 2.0 boleh memohon kad berkenaan daripada tiga pengendali bahan api.

SKDS 2.0 kini dibuka hanya kepada kenderaan syarikat berdaftar Malaysia yang mempunyai cukai jalan sah.

Di bawah program itu, sebanyak 33 kategori kenderaan layak, dengan 10 daripada sektor pengangkutan awam, dan selebihnya daripada sektor logistik.

Pada 21 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kawalan subsidi diesel akan dimulakan di semenanjung terlebih dahulu. — The Star/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram