PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemiskinan tegar di Sabah akan berakhir pada Julai ini.
Anwar memberi jaminan yang perkara itu akan ditamatkan sekitar akhir Julai dengan rekod menunjukkan cuma 9,000 saja lagi keluarga di Sabah yang berada dalam kategori miskin tegar.
Pada masa sama, Anwar komited untuk menamatkan kemiskinan tegar di negara ini terutamanya dekat Sabah supaya tiada lagi rakyat yang mengalami kesukaran untuk hidup.
BACA LAGI: Tun M ajak Anwar pergi Switzerland, mahu tunjuk bukti curi berbillion duit kerajaan
BACA LAGI: PM Anwar umum baucar buku RM100 untuk pelajar bermula murid tahun 4
"Sekarang tinggal 9,000 miskin tegar dan kita mahu menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah, sebelum akhir Julai 2024.
"Ini keutamaan kita. Kita boleh bincang pelbagai hal tetapi anak kita tak cukup makan. Ini tanggungjawab kita untuk menyelesaikannya," kata Anwar.
Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang, Sabah pada Jumaat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram