SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar bapa sendiri di rumah mereka dekat Kampung Wakaf Kubor, Kampung Raja dekat Jertih, Terengganu pada Rabu.
Kejadian yang berlaku secara tidak sengaja itu terjadi selepas bapa mangsa sedang mengalihkan kenderaannya pada jam 9.30 pagi.
Tindakan bapa itu dibuat selepas dia selesai membersihkan halaman rumah lalu melanggar anaknya yang berusia setahun lapan bulan.
BACA LAGI: 11 kali pecah bengkel, restoran penduduk Kepong, 'Geng Ruben' akhirnya tumpas
Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Abdul Rozak Muhammad berkata, bapanya tidak sengaja terlanggar anaknya selepas tidak menyedari keberadaan kanak-kanak tersebut.
"Namun lelaki tersebut tidak menyedari anaknya yang sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah telah bergerak menuju ke arah kenderaan yang dipandunya itu dan menyebabkan dia telah terlanggar kanak-kanak itu," kata Abdul Rozak.
Bapa mangsa kemudiannya membawa anaknya itu ke Klinik Kesihatan Gong Medang bagi mendapatkan rawatan.
Namun begitu, anaknya sudah tidak lagi bernyawa sekitar jam 10.30 pagi.
Insiden ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram