Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah 7 Jun


  • Primer
  • Selasa, 28 Mei 2024

Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi menetapkan tarikh Aidiladha ditetapkan pada 7 Jun ini. — Gambar hiasan

PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 7 Jun ini.

Katanya, jawatankuasa yang berkenaan sudah diperkenankan untuk melihat anak bulan pada waktu petang hari berkenaan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ia juga akan dijalankan di Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

BACA LAGI: 9 April tarikh lihat anak bulan Syawal

BACA LAGI: Menjelang Aidilfitri, pemilik si bulus lebih suka upah pet sitter berbanding hantar ke 'cat boarding' sebab murah

2148702

Agihan daging lembu kepada individu memerlukan antara syarat sah ketika Aidiladha. — The Star

"Antara kawasan lain termasuk Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar, Bukit Besar, Kedah; Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC dan Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

"Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Menara Kuantan 188, Pahang.

"Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelasnya lagi, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan perayaan Aidiladha pada malam tersebut bersamaan iaitu pada 1 Zulhijjah dan 10 Zulhijjah yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram