KKM sudah tahu kesan sampingan AstraZeneca — Dr Noor Hisham


  • Massa
  • Selasa, 28 Mei 2024

Dr Noor Hisham mengakui KKM sudah mengetahui kesan sampingan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui sudah mengetahui tentang kesan sampingan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca, kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau bagaimanapun berkata, vaksin tersebut masih perlu digunakan untuk program vaksinasi kerana kadar kematian akibat Covid-19 dalam kalangan masyarakat yang tidak divaksin amat tinggi.

Malah ujarnya, stok vaksin pada ketika itu juga tidak mencukupi.

BACA LAGI: Rumah Khuzaimi Piee dipecah masuk, pasport dan Ysuku antara dirembat penjenayah

BACA LAGI: Lebih 2 orang samun Akhyar Rashid — Polis

"Kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin Astra Zeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT ).

"Ia adalah penyakit yang mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning menjadi kurang.

"Perkara ini hanya berlaku dalam sela masa empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksinasi. KKM pada waktu itu telah menerima laporan tersebut," katanya menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) miliknya pada Selasa.

Beliau memberitahu, orang ramai diharapkan agar tidak risau kerana vaksinasi terakhir AstraZeneca telah berlalu bertahun lamanya.

Jelas beliau, kes mahkamah yang diwar-warkan adalah kes yang berlaku di United Kingdom sewaktu pandemik Covid-19.

"Ia bukan berdasarkan kes yang berlaku baru-baru ini," katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai kesan sampingan itu, Dr Noor Hisham berkata, golongan berisiko tinggi adalah mereka yang pernah mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini.

Bagaimanapun ujarnya, KKM tidak membenarkan golongan berisiko tersebut untuk menerima vaksin jenis Astra Zeneca.

"Kementerian juga mengeluarkan garis panduan bagi menyaring golongan yang berisiko tinggi bagi tidak menerima vaksin jenis ini dan juga bagi pengesanan awal sekiranya kesan sampingan ini berlaku AEFI," ujarnya.

Jelasnya, selain langkah berjaga-jaga, insiden kesan samping darah beku VITT juga sangat rendah iaitu empat kes berlaku dalam satu setiap juta suntikan.

Menurut Dr Noor Hisham, jika dibandingkan dengan risiko darah beku dan platelet rendah selepas jangkitan Covid-19 itu sendiri, ia lebih selamat.

"Selepas jangkitan Covid-19, risiko kesan darah beku daripada jangkitan thrombotic thrombocytopenia (TT) ini adalah setinggi 165 000 kes dalam satu juta jangkitan.

"Insiden darah beku dalam kalangan perokok pula adalah lebih tinggi iaitu hampir 1800 kes dalam 1 juta perokok. Tiada lagi kes VITT dikesan dan dilaporkan kini.

"Kes serangan jantung, strok dan masalah pembekuan darah yang masih lagi berlaku kini tiada kaitan dengan vaksin kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin ini kebelakangan ini. Astra Zeneca vaksin juga tidak digunakan untuk dos penggalak," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram