Pendidikan antara sektor kritikal perlu diberi perhatian tangani isu gaji, kebajikan


  • Massa
  • Khamis, 23 Mei 2024

Tiga sektor penting sekali gus menjadi tunggak utama negara yang perlu diberi perhatian khususnya dalam menangani isu gaji dan kebajikan. — Gambar hiasan

SEKTOR perkhidmatan tidak kira awam atau swasta semestinya menjadi antara yang terpenting dalam menjamin kesejahteraan negara.

Kedua-dua pecahan sektor itu jelas memainkan peranan penting selari dengan matlamat kerajaan dalam memajukan dan membangungkan ekonomi Malaysia.

Ia juga sama dengan jangkaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang sebelum ini meramalkan bahawa sektor tersebut akan lebih berkembang pada 2024.

BACA LAGI: Kadar pendapatan T20, M40 dan B40 bukan lagi penentu tetap taraf hidup — Anwar

BACA LAGI: Bukan setakat penjawat awam, potong juga elaun dan gaji ahli Parlimen kaki ponteng

1742752

Sektor perkhidmatan memainkan peranan penting untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. — Gambar hiasan/The Star

Namun, isu-isu berbangkit melibatkan pekerja dalam sektor tersebut tidak dinafikan sedikit sebanyak akan melumpuhkan perkembangan itu

Justeru, terdapat beberapa sektor kritikal yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu khususnya menyelesaikan masalah gaji dan kebajikan pekerja.

1. Pendidikan

Sektor pendidikan merupakan antara yang paling penting dalam menyumbangkan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kerjaya dalam sektor itu termasuk guru sekolah, pensyarah universiti, pentadbir pendidikan dan banyak lagi.

Sektor tersebut juga diharapkan akan terus menyumbang kepada pembangunan negara apabila menerima manfaat besar dalam Belanjawan 2024.

Namun, para pekerja di dalam bidang pendidikan turut perlu diberi perhatian pihak bertanggungjawab khususnya daripada sudut gaji dan kebajikan.

Pada Mac lalu, heboh dengan isu kadar gaji minimum yang diterima para guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang didakwa berada bawah RM1,500.

1620196 (1)

Warga pendidik yang menjadi tunjang dalam sektor pendidikan. — Gambar hiasan/The Star

Sebelum ini, guru-guru Pasti didakwa menerima serendah RM500 bergantung yuran dibayar ibu bapa dan kadarnya pula berbeza mengikut kawasan selain dilaporkan tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta tidak mempunyai pencen malah tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa.

Susulan itu, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden tidak menafikan bahawa semua guru sekolah tersebut bekerja seperti sukarelawan.

Katanya, ia cadangan yang wajar dipertimbangkan berikutan isu pokoknya adalah apabila status mereka sebagai pekerja sukarela tetapi menjalankan tugas seperti pekerja yang berjadual.

Bagi sudut kebajikan pula, guru-guru sekolah menengah sebelum ini pernah menyuarakan keluhan berhubung kebajikan semasa cuti persekolahan.

Pada 13 Mei lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk mengekalkan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei yang sekali gus jatuh pada musim cuti persekolahan.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad kemudiannya meluahkan kekecewaan kerana menganggap ia menganggu waktu cuti mereka.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada 16 Mei mengumumkan 10 prakarsa dalam usaha memperkasakan lagi aspek kebajikan golongan pendidik di negara ini.

Selain itu, isu bebanan tugas guru juga masih belum menemukan titik noktah yang dicari-cari setelah sekian lama membelenggu golongan pendidik.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom sebelum ini pernah berkata tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas dan menyediakan bahan mengajar semata-mata, malah seorang guru juga perlu melakukan pelbagai tugas di luar bilik darjah.

Beliau berkata, sejak sekian lama juga, setiap guru turut diberikan tugasan mengendalikan sukan, olahraga, kelab serta badan beruniform.

Tidak setakat itu, guru juga dibebani dengan perubahan teknologi yang kian pesat selain peralihan sistem, membuatkan ada guru yang ketinggalan dari segi penguasaan digital terutamanya yang bertugas di kawasan luar bandar.

Oleh itu, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan perlu mencari formula terbaik bagi menyelesaikan isu bebanan tugasan terhadap guru yang acapkali dibangkitkan setiap tahun.

2. Perubatan

Selain pendidikan, sektor perubatan juga tidak kurang hebatnya dalam memacu kemajuan ekonomi negara.

Pegawai perubatan seperti doktor antara kerjaya yang sering kali dikaitkan dengan isu gaji, penetapan jawatan serta kebajikan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini pernah memaklumkan hasil kajian yang dilakukan menyaksikan sejumlah 1,696 pegawai perubatan meninggalkan perkhidmatan awam pada 2022.

Katanya, berdasarkan kajian itu, didapati 4.5 peratus atau 477 daripada jumlah kesuluruhan pegawai perubatan yang meninggalkan sektor tersebut bekerja di luar negara.

Nowadays doctors have to contend with patients who come armed with information they read online and they question the physician’s diagnosis and medical treatment.

Pegawai perubatan antara yang sering terkait dalam isu gaji dan kebajikan. — Gambar hiasan/Agensi

Datuk Dr Alias Razak mengatakan bahawa terdapat beberapa faktor penarik dikenal pasti untuk diberikan penekanan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, menetapkan gaji permulaan bagi Pegawai Perubatan kontrak bergred UD41 sebanyak RM5,197.

Beliau turut menjanjikan bahawa jumlah pelantikan tetap akan ditingkatkan kepada 6,000 dalam tempoh 2024 hingga 2025.

Bukan itu sahaja, elaun tambahan dan pemberian insetif juga dapat menjadi faktor penarik berkesan bagi mereka terutamanya yang memegang jawatan tinggi seperti doktor pakar.

3. Perkhidmatan keselamatan

Sektor keselamatan meliputi penjawat awam yang bertugas sebagai pegawai keselamatan, polis, tentera mahupun pasukan penyelamat amat dititikberatkan demi menjaga keharmonian rakyat dan negara.

Sebelum ini, rakyat digemparkan dengan insiden tembakan melibatkan anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu.

Hal ini sekali gus membuka mata semua pihak termasuk kerajaan untuk lebih cakna dalam memastikan kebajikan anggota keselamatan terjamin biarpun daripada sudut infrastruktur tempat kerja.

Ia selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendapati, pencahayaan di belakang Balai Polis tersebut gelap ketika insiden serangan berlaku, malah lebih mengejutkan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi serangan.

2539072

Petugas barisan hadapan yang sentiasa menjaga keamanan negara. — Gambar hiasan/The Star

Bukan itu sahaja, Razaruddin juga pernah menyuarakan bahawa isu gaji rendah dalam kalangan anggota polis perlu lebih diteliti dan diberi perhatian.

Beliau juga tidak menafikan gaji yang rendah dan sikap individu antara faktor yang menyebabkan seseorang pegawai serta anggota terlibat dalam kesalahan rasuah.

Namun, kadar gaji tersebut perlu dilihat dan dikaji semula mengikut kawasan mereka bertugas.

Isu gaji dan kebajikan anggota keselamatan itu juga sememangnya tidak hanya melibatkan anggota polis namun ia dapat membuktikan bahawa banyak lagi langkah yang perlu dipertimbangkan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram