Lelaki hilang ketika tangkap ikan di Bintulu ditemukan tanpa kaki, tangan


  • 112
  • Sabtu, 25 Mei 2024

Mayat mangsa ditemui tidak sempurna tanpa tangan dan kaki. — Facebook

SEORANG lelaki yang dikhuatiri lemas dan hilang selepas keluar memasang bubu ikan di Sungai Annau, Tatau yang terletak kira-kira 80 kilometer(km) dari Bintulu, Sarawak pada Rabu ditemukan tidak bernyawa pada pukul 1.41 tengah hari Sabtu.

Jurucakap pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, berdasarkan maklumat anak saudara mangsa, mayat Nicholas Daniel, 48, dijumpai kira-kira 7km dari tempat botnya ditemui pada hari dia dilaporkan hilang.

“Mayat yang ditemui tanpa kaki dan tangan itu diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

BACA LAGI: Tarik diri pun tak selesaikan masalah kewangan KDA FC

photo1716639732

Antara anggota bomba yang terlibat dalam operasi mencari mangsa. — Facebook

Menurut jurucakap bomba, mangsa dilaporkan keluar memasang bubu ikan di Sungai Annau, Tatau dengan menaiki bot kira-kira pada pukul 5 petang Rabu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dikatakan hilang selepas seorang saksi menemui bot terbabit pada hari sama tanpa sebarang kelibat mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

lemas, mayat, Sungai Annau, Tatau, Bintulu, bubu, ikan