Polis siasat kes guru sekolah Ampang denda pelajar berdiri di padang 2 jam


  • 112
  • Sabtu, 25 Mei 2024

MOHD Azam berkata, siasatan dijalankan mendapati guru terbabit yang berusia 37 tahun itu turut memberi hukuman berkenaan kepada rakan mangsa yang lain. — Gambar hiasan

POLIS melakukan siasatan terhadap seorang guru yang didakwa mendenda beberapa pelajar berdiri di kawasan padang sebuah sekolah di Ampang, Selangor pada 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.

"Mangsa berumur 11 tahun itu mengadu kepada ibunya ketika dijemput pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.20 petang mengatakan dia didenda oleh guru dengan berdiri di kawasan padang yang panas selama lebih dua jam. Hasil pemeriksaan pegawai perubatan kemudiannya mendapati mangsa mengalami kelesuan haba akibat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

BACA LAGI: Tarik diri pun tak selesaikan masalah kewangan KDA FC

Dalam pada itu, Mohd Azam berkata, siasatan dijalankan mendapati guru terbabit yang berusia 37 tahun itu turut memberi hukuman berkenaan kepada rakan mangsa yang lain.

"Siasatan mendapati mangsa bersama tiga lagi pelajar didenda berdiri selama 10 minit," ujarnya.

PDRM's logo  (photo for archive )AZHAR MAHFOF/The Star

Polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Mohd Azam menambah, kertas siasatan telah dirujuk Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian selanjutnya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang ibu kepada salah seorang pelajar terbabit yang melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan siasatan dan cara pengendalian siasatan kes berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram