Anak MB Perlis, bekas pembantu bakal didakwa pada Khamis kes tuntutan palsu


  • 112
  • Rabu, 22 Mei 2024

Enam individu termasuk seorang lelaki yang merupakan anak kepada Menteri Besar Perlis ditahan pada Selasa kerana kesalahan membuat tuntutan palsu.

ANAK lelaki kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan bekas setiausaha politik pemimpin itu dijangka didakwa pada Khamis.

Kedua-duanya akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kangar pada pukul 8 pagi untuk menghadapi pertuduhan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis akhbar memaklumkan seorang pemilik syarikat dipercayai anak Mohd Shukri dan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai bekas setiausaha politiknya akan dihadapkan ke mahkamah.

BACA LAGI: Selain bekas Pengerusi Bersih, ada 4 nama dicadang isi kekosongan jawatan Pengerusi SPR

BACA LAGI: Dua reformasi pilihan raya lebih mendesak berbanding isu pelantikan ahli, Pengerusi SPR

Walaupun pemberitahuan itu tidak menyatakan jenis pertuduhan, difahamkan kedua-duanya dijangka berdepan pertuduhan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen berkaitan tuntutan projek infrastruktur bernilai RM600,000.

Pada April lalu, anak lelaki Menteri Besar itu adalah antara enam lelaki yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan RM600,000 sejak 2022.

Perlis PAS commissioner Mohd Shukri Ramli reciting a prayer before delivering his speech at the state level Muafakat Nasional ceramah at Dewan Wawasan in Kangar,Perlis on Sunday evening. (29th Sept).Moment later, he suddenly collapsed at the main stage during the event.Mohd Shukri, is also Sanglang assemblyman.He was unconscious after he suddenly collapsed and was rushed Tuanku Fauziah Hospital to receive treatment.(Pictures courtesy by Media Presiden PAS)(Caption by G.C.TAN/The Star-30th SEPT. 2019)

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli

Dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta tiga kontraktor syarikat turut ditahan.

Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 37 tahun itu ditahan SPRM pada 23 April lalu. — The Star/MAZWIN NIK ANIS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram