Pelajar universiti asal Kelantan maut jatuh dari balkoni hotel ketika bercuti bersama teman lelakinya di Tanjung Bungah


  • 112
  • Khamis, 23 Mei 2024

Kejadian dipercayai berlaku tidak lama selepas wanita itu mendaftar masuk ke hotel bersama teman lelakinya di George Town, Pulau Pinang pada Rabu. — Gambar hiasan

SEORANG pelajar universiti berusia 24 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni hotel tingkat 21 di Tanjung Bungah, George Town, Pulau Pinang pada Rabu.

Difahamkan, mangsa dan teman lelakinya yang berasal dari Kelantan sedang bercuti di lokasi kejadian.

Pihak polis dimaklumkan selepas orang ramai menemui mayat wanita itu ketika teman lelakinya sedang mandi kira-kira pukul 3.35 petang.

BACA LAGI: Pendidikan antara sektor kritikal perlu diberi perhatian tangani isu gaji, kebajikan

BACA LAGI: Kes resit tempah piza hina Islam: Pasangan suami isteri, tauke kebun durian antara 4 ditahan polis P.Pinang

34276531_2071776613102691_1027824122480033792_n

Mangsa dan teman lelakinya dipercayai sedang bercuti di Tanjung Bungah. — Gambar hiasan/Facebook

Menurut laporan polis, lelaki tersebut hanya menyedari perkara itu selepas melihat orang ramai berkumpul di tingkat bawah sebelum turun sendiri ke tempat kejadian.

Kejadian juga dipercayai berlaku tidak lama selepas wanita itu mendaftar masuk ke hotel bersama teman lelakinya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan menyatakan polis telah merekodkan keterangan daripada teman lelaki itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu.

Sementara itu, orang ramai yang mengalami masalah kesihatan mental atau terfikir untuk mencederakan diri boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392).

Mereka juga boleh menghubungi Talian Kasih (15999 atau 019-261 5999 di WhatsApp); Pusat jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (011-1959 8214 di WhatsApp); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929) atau layari www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk senarai penuh nombor dan waktu operasi, atau e-mel [email protected]. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram