[VIDEO] Bapa pilu lihat anak tersangkut lif, hanya mampu keluarkan jasad tak bernyawa


  • Benua
  • Rabu, 17 Jan 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan mangsa yang tersangkut dalam lif sambil cuba dibantu oleh lelaki dipercayai bapanya di sebuah bangunan di Pakistan pada 13 April 2023.

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila tidak sempat menyelamatkan kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya yang terlibat dalam kejadian malang dalam lif di sebuah bangunan di Pakistan pada 13 April 2023.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilihat menunggu lif bersama seorang lelaki dipercayai bapanya.

Namun beberapa minit kemudian mangsa masuk terlebih dahulu sebelum lif berkenaan secara tiba-tiba bergerak ke atas sehingga menyebabkan dia tersangkut sekali gus mencetuskan situasi tegang.

BACA LAGI: Kaki tukang sapu 'berlipat' tersepit celah lif barang

Pada masa sama, bapa mangsa yang panik dengan situasi itu dilihat cuba untuk menarik anaknya namun gagal sebelum dia terjatuh ke bawah.

Dia bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan keluar daripada pintu lif untuk meminta bantuan orang awam.

Ketika kejadian, kelibat mangsa turut dilihat terjatuh ke bawah lif kira-kira 14 saat kemudian selepas bapanya jatuh.

Sejurus itu, bapanya dengan pantas mendapatkan mangsa dan dilaporkan membawanya ke hospital.

Mangsa dikatakan cedera akibat hentakan kuat ketika lif tersebut bergerak ke atas secara tiba-tiba dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, mangsa dilaporkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia kerana cedera parah pada kepala serta patah tulang badan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram