Lapan individu dipanggil beri keterangan bantu siasatan kes resit pesanan piza hina Islam


  • 112
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Gambar resit pesanan pelanggan yang turut tular di laman media sosial X (Twitter) pada pagi Khamis.

POLIS merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.

Ketua Polis Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dua daripada lapan individu terbabit adalah pekerja restoran makanan segera itu.

Bernama melaporkan siasatan lanjut masih dijalankan secara menyeluruh termasuk mengesan individu yang menulis perkataan menghina di bahagian ‘remark’ atau nota pesanan tersebut.

BACA LAGI: Resit pesanan piza hina agama Islam, polis buka kertas siasatan

BACA LAGI: Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram bawa 'shield', mahu rampas senjata api — KPN

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Pada Khamis, tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue, Bayan Lepas, Pulau Pinang, dengan kenyataan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan nota pesanan itu oleh seorang individu yang membuat pesanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram