Jangan simpati, kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan — Jawatankuasa Fatwa Johor


  • Primer
  • Isnin, 20 Mei 2024

Suspek diasingkan dari liang lahad penghuni kubur yang lain di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram bagi memberi peringatan kepada masyarakat. — Facebook

JAWATANKUASA Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor diasingkan dari liang lahad penghuni kubur yang lain bagi memberi peringatan kepada masyarakat.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah bersidang dan dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad Jumaat lalu.

Mesyuarat itu turut membincangkan status kematian anggota polis dan cara pengebumian suspek yang mati ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu.

BACA LAGI: Anggota JI dalang serangan Balai Polis Ulu Tiram — Ketua Polis Negara

BACA LAGI: Dua anggota maut ditembak dan ditetak, suspek bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram

penyerang-2048x1536

Liang lahad yang disediakan (khemah biru) dipercayai bagi pengebumian jenazah suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditempatkan jauh daripada kubur lain. — Kosmo!

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

"Jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan pengebumian.

"Jenazah juga hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

2699653

Suspek (gambar kecil) yang didakwa menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat kini bertebaran di media sosial.

Menurut Jawatankuasa Fatwa itu lagi, fatwa ke atas jenazah suspek tersebut sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.

"Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya," katanya.

Terdahulu Majoriti melaporkan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat.

Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram