MB Perlis tidak ditahan, hanya dipanggil beri kenyataan — PAS


  • Politik
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Tuan Ibrahim mengatakan berita yang timbul itu hanya bertujuan menghangatkan keadaan.

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ditahan atas kes pecah amanah melibatkan anaknya.

Jelasnya, Shukri hanya ditahan untuk memberikan kenyataan kepada pihak polis sambil mengatakan berita yang timbul hanya untuk menghangatkan lagi keadaan.

"Dia tidak ditahan pun, ini hanya satu berita sensasi. Kami di PAS tidak akan menghentikan sebarang siasatan dan Menteri Besar Perlis pun sudah memberikan kenyataan.

BACA LAGI: Penahanan MB Perlis tidak jejas kempen PRK KKB — Azmin Ali

2062295

Shukri ditahan untuk memberi siasatan berkaitan kes pecah amanah hujung April lalu.

BACA LAGI: SPRM tahan MB Perlis pagi Selasa, bantu siasatan anak

"Pejabatnya juga dibuka '25 jam sehari', iaitu siang dan malam untuk membantu siasatan. Kami bersifat terbuka," katanya ketika ceramah Perikatan Nasional pada Khamis.

Mohd Shukri sebelum ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menyalahgunakan kuasa melibatkan dirinya dan seorang anak lelakinya.

Dia ditahan selama lapan jam untuk memberikan keterangan membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengumumkan kesemua jentera PAS sudah dikerah untuk memastikan calon Perikatan Nasional dapat meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

"Mereka hadir tanpa meminta sebarang suntikan dana daripada parti. Tiada tuntutan kos dibuat, termasuk untuk kos pengangkutan," katanya. — The Star/TARRENCE TAN/KHOO GEK SAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram