
SERAMAI empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong, Pahang pada Selasa atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Majistret Nadhratun Naeiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh untuk membayar denda RM500 selepas didapati bersalah kerana memasak mi segera menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, Pahang pada 12 Mei lalu.
Kesemuanya dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
BACA LAGI: Polis Pahang tahan 15 individu termasuk lima wanita memasak di stesen minyak
BACA LAGI: Polis buka siasatan remaja lepak, masak mi segera di stesen minyak Genting Highlands
Seramai 15 individu ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam aktiviti memasak di sebuah stesen minyak dekat Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.
Baca selanjutnya> https://t.co/WLeqzXOXbF pic.twitter.com/5LoPDRoPL8
— Majoriti (@majoritionline) May 20, 2024
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23.
Pendakwaan tersebut dijalankan Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, 15 individu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita berusia antara 23 hingga 28 tahun ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam aktiviti memasak di sebuah stesen minyak tersebut
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kesemua tahanan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan empat saksi kejadian juga telah dirakam percakapan. — The Star/IMRAN HILMY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram