HANYA kerana dendam lama, seorang pelajar lelaki tergamak membunuh gurunya sendiri dengan kejam di Kalimantan Tengah pada Selasa lalu.
Mangsa yang juga merupakan seorang ustazah meninggal dunia selepas ditikam beberapa kali oleh suspek berusia 13 tahun di rumah mangsa yang terletak berdekatan dengan kawasan sekolah asrama.
Ketua polis tempatan, Budi Santosa berkata, motif suspek yang dikenali sebagai FA adalah membalas dendam kerana pernah dihukum beberapa kali oleh mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] Elektrik putus tiba-tiba lepas mengaji, lebih 30 murid perempuan kena histeria
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki hilang 26 tahun rupanya diculik jiran, dakwa kena sihir sampai tak boleh bercakap
Menurutnya, suspek didakwa melakukan beberapa kesalahan sehingga dikenakan hukuman berjemur di tengah panas pada Disember tahun lalu.
“Sehari sebelum kejadian, suspek melakukan satu lagi kesalahan dan dihukum menyalin dua juzuk kitab suci al-Quran,” kata Budi.
Lebih menyedihkan lagi, mangsa yang sedang tidur dibunuh kejam di hadapan empat orang anaknya.— Agensi
Tambah Budi, tindakan mangsa yang menghukum suspek menyebabkan suspek menjadi lebih marah sehingga sanggup membunuh mangsa.
"Susulan daripada kejadian itu, suspek telah datang ke rumah mangsa dengan menyelinap melalui tingkap.
"Suspek kemudiannya bertindak menikam mangsa beberapa kali di muka dan anggota badan sehingga maut," katanya lagi.
Tambah Budi, ketika disoal siasat, suspek mendakwa melakukan pembunuhan itu selepas terdengar bisikan di telinga tanpa menyedari telah membunuh mangsa.
Lebih menyedihkan lagi, mangsa yang sedang tidur dibunuh kejam di hadapan empat orang anaknya.
Kini, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan dan memeriksa keadaan mental suspek sebelum menjatuhkan hukuman yang setimpal.
Sekiranya disabitkan kesalahan, FA bakal berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram