SEORANG lelaki bertindak seperti Spiderman di Kedah apabila dia memanjat pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman pada Isnin.
Dalam video yang tular di media sosial, tindakan lelaki tersebut menimbulkan ketakutan orang ramai hinggakan mereka memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengendalikan situasi.
Panggilan yang dibuat pukul 7.17 petang itu bertujuan untuk meminta pihak bomba menyelamatkan lelaki tersebut. Akan tetapi usaha tersebut masih menjumpai jalan buntu.
BACA LAGI: Iklan kerja kosong PBT terima kecaman, ramai anggap sekadar wayang padahal dah ada calon kabel
Suspek kemudiannya ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki berusia 39 tahun itu beralamat di Batu Kurau, Perak.
Beliau berkata, suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan akan dirujuk ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk ujian saringan air kencing pada Selasa.
"Dalam kejadian semalam (Isnin), bilik gerakan IPD Kubang Pasu menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pukul 6.24 petang yang memaklumkan suspek dipercayai memanjat pencawang elektrik itu.
"Berikutan itu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan anggota Balai Polis Jitra tiba di lokasi dan mendapati suspek masih berada di atas pencawang berkenaan.
"Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu dan ambulans turut berada di lokasi untuk melakukan penyelamatan dan suspek berjaya dibawa turun pukul 8.45 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram