PERSEKITARAN sekolah memainkan peranan dalam memastikan kualiti pembelajaran pelajar berada dalam keadaan terbaik.
Fasiliti sekolah yang tidak lengkap boleh mendorong kepada suasana pembelajaran yang kurang efektif.
Sama seperti situasi di sebuah sekolah agama yang tidak menyediakan kerusi dan meja mencukupi buat para pelajarnya.
BACA LAGI: Sayang gol ke-4 Jafri Chew batal, Sabah berpeluh menang tipis dapat 'good fight' skuad KDN
BACA LAGI: Masalah teknikal VAR 'bunuh' peluang Sabah raih 3 mata
Situasi murid di sekolah berkenaan yang terpaksa belajar di atas lantai. — Twitter
Sebelum ini, kecoh apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana sanggup membiarkan murid-murid berkenaan belajar di atas lantai.
Menurutnya, peruntukan fasiliti di sekolah negeri itu sudah diluluskan sejak Disember tahun lalu, namun sehingga Mei 2024 pelajar di sekolah tersebut masih tidak mendapat keperluan kerusi meja.
Akmal kemudiannya mengambil langkah pantas dengan membeli sendiri kerusi secukupnya selepas mendengar keputusan JAIM yang perlu mengambil tempoh masa lama bagi menyelesaikan masalah itu.
Melihat situasi tersebut, terdapat beberapa fasiliti lain selain bilik darjah sebenarnya yang perlu ditambah baik demi kesejahteraan pelajar untuk menimba ilmu.
1. Perpustakaan sekolah
Perpustakaan perlu menjadi kemudahan buat pelajar untuk membuat rujukan. — Gambar hiasan/Agensi
Perpustakaan merupakan satu ruangan khas buat para pelajar untuk mencari maklumat tambahan atau membuat rujukan bersama rakan-rakan.
Fasiliti tersebut juga perlu dibina dengan kemudahan yang lengkap dengan buku-buku ilmiah untuk memudahkan proses pembelajaran pelajar.
Langkah tersebut juga membolehkan pihak sekolah menarik pelajar sekali gus memupuk budaya membaca.
Selain buku, pihak sekolah turut boleh membina ruangan atau bilik tambahan khas untuk pelajar membuat perbincangan bersama guru.
2. Makmal untuk pelajaran Sains
Makmal yang sepatutnya digunakan khusus buat subjek Sains. — Gambar hiasan/Keramatsains
Setiap sekolah perlu mempunyai sebuah makmal yang kondusif serta lengkap dengan peralatan untuk melakukan aktiviti berkaitan subjek Sains.
Ia selari dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) optimis meningkatkan kemahiran beliau dan anak muda negara dalam aliran sains menerusi pembudayaan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di sekolah.
Pembinaan makmal khas juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam memahami sesuatu konsep sains yang dipelajari.
Meskipun kerajaan pada 2023 mengumumkan akan menyediakan RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah untuk pembelajaran STEM, ia juga perlu digunakan pada makmal sains.
3. Dewan sekolah
Dewan sekolah selalu digunakan untuk peperiksaan besar seperti SPM. — Gambar hiasan
Dewan sekolah antara lokasi penting yang perlu dinaik taraf dan ditambah baik untuk kegunaan semua pihak. Kebiasaannya, dewan menjadi tempat sesuai bagi para guru dan pelajar berkumpul menjayakan sesuatu program mahupun memberikan taklimat penting.
Dewan juga menjadi lokasi keramat khusus buat pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Meskipun tiada laporan terkini berhubung masalah kerosakan dewan sekolah, namun pihak kerajaan disarankan untuk melakukan pemantauan lebih spesifik di beberapa buah sekolah terutamanya di kawasan luar bandar.
Fasiliti itu juga perlu dinaik taraf untuk mengatasi masalah kepadatan pelajar dalam jangka masa pendek atau menerusi kaedah kelas terapung atau kelas tidak tetap iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana-mana bilik kosong atau kelas di sekolah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram