Insiden kes benang melintang di SUKE tiada unsur jenayah — Polis


  • 112
  • Khamis, 16 Mei 2024

Beberapa pengguna jalan raya cedera selepas terdapatnya benang melintang di atas SUKE awal minggu lalu.

POLIS mengesahkan insiden benang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang mencederakan seorang penunggang motosikal Isnin lalu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, hasil siasatan dan maklumat daripada Prolintas kejadian dipercayai berpunca daripada tali layang-layang yang terputus.

"Tidak benar, kejadian ini tidak melibatkan kes samun, setakat ini kita masih lagi menjalankan siasatan. Malah, hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak SUKE, mereka kerap menjumpai layang-layang di kawasan lebuh raya itu tetapi tidak pasti milik siapa,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Brek rosak dipercayai punca lori sodok kereta di lampu isyarat di SUKE

BACA LAGI: Kejadian di SUKE bukan kali pertama, ramai dakwa taktik jahat penyamun

“Malah, hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak SUKE, mereka kerap menjumpai layang-layang di kawasan lebuh raya itu tetapi tidak pasti milik siapa,” katanya.

Mohd Azam turut menasihatkan orang ramai lebih peka dan tidak bermain layang-layang di kawasan yang boleh merisikokan orang ramai.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam serta menyebabkan kegusaran am kepada orang awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram