[VIDEO] Pernah tular jadi tempat 'healing' cantik, Pantai Esen kini dicemari longgokan sampah


  • Tular
  • Isnin, 13 Mei 2024

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung yang suka membuang sampah sesuka hati menyebabkan pemandangan Pantai Esen tidak lagi indah hingga menjejaskan kedatangan pelancong ke situ. — Facebook/Jia

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung yang suka membuang sampah sesuka hati menyebabkan pemandangan Pantai Esen yang berlokasi di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang tidak lagi indah hingga menjejaskan kedatangan pelancong ke situ.

Pantai Esen yang turut dikenali sebagai ‘pulau tersembunyi’ kini dipenuhi longgokan bahan buangan seperti bekas makanan, botol minuman dan sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung selepas beriadah atau berkelah.

Menurut laman Facebook Penang Kini, sisa sampah sarap yang dibiarkan di tepi pantai itu dipercayai ditinggalkan orang ramai yang berkunjung ke pantai tersebut sehingga mencacatkan pemandangan.

BACA LAGI: Ini semua wayang, tangkap pagi petang lepas — Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera

BACA LAGI: [VIDEO] Rakan konvoi rakam detik penunggang 'superbike' terpelanting rempuh belakang kereta di lebuh raya

"Dulu bersih sahaja. Selepas viral (tular) dan ramai berkelah untuk 'healing', inilah hasilnya (penuh sampah).

"Semoga ada kesedaran untuk semua. Jagalah alam sekitar seperti mana kita jaga kebersihan diri dan rumah kita.

"Adakah kita salah seorang penyumbang yang merosakkan keindahan dan kebersihan alam sekitar kita?," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa kecewa melihat keadaan pantai tersebut.

"Sebelum ditularkan oleh manusia yang tak bertanggungjawab, pantai itu bersih, sepi dan tenang. Tempat 'air katak' di situ dulu biru airnya serta budak-budak kampung mandi.

"Sekarang sudah dimusnahkan geng permainan sukan lasak all-terrain vehicle (ATV). Jahanam sudah Pantai Esen," kata Naz Rockefeller.

Seorang lagi warga maya, Husin Mahusin berkata, dia kecewa dengan sikap segelintir orang ramai yang gemar membuang sampah ketika berkunjung di kawasan itu.

"Rata-rata yang datang konon-konon cintakan alam tetapi tidak pandai menjaga kebersihan di kawasan umum," tulisnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram