Scammer umrah tajaan 'Datuk' kembali aktif buru mangsa


  • Massa
  • Khamis, 11 Apr 2024

Penipuan tawaran pakej umrah melibatkan individu bergelar Datuk bukan pertama kali dilaporkan di negara ini. — Gambar hiasan

PASANGAN suami isteri mengalami kerugian setelah didakwa terperdaya dengan tajaan umrah yang ditawarkan individu bergelar 'Datuk'.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dengan nama akaun Roslina Ramle, wanita itu mendakwa, menerusi tajaan itu, mereka hanya dikehendaki untuk membayar separuh perbelanjaan sahaja, sementara separuh lagi akan ditanggung oleh 'Datuk' tersebut.

"Punyalah seronok nak pergi ke sana segala persiapan semua dah buat kenduri pun dah dibuat tapi takdir lain yang terjadi, penerbangan kami ditunda.

"Kami terima apabila 'Datuk' berkata (tarikh menunaikan umrah) ditukarkan ke tarikh yang baharu.

"Terjadi lagi penundaan yang kedua, (kami) bersabar lagi (sehinggalah) terjadi lagi yang ketiga bersabar lagi dan akhirnya kesabaran kami dah tercalar," katanya seperti yang dikongsikan dalam Facebook Group Umrah.

BACA LAGI : [VIDEO] Remaja rempuh kenderaan polis di Melaka meninggal dunia selepas 9 jam bertarung nyawa

70147759_103482687713945_6866724838749241344_n

Roslina mendakwa dia dan suaminya mengalami kerugian setelah terperdaya dengan tajaan umrah yang ditawarkan individu bergelar 'Datuk'. — Facebook/Roslina

Kongsinya, selepas ditunda buat kali ketiga, pasangan itu bertindak menarik diri daripada tawaran tersebut.

Bagaimanapun, usaha untuk meminta agar 'Datuk' itu memulangkan semula wang mereka menemui kegagalan.

"Kesabaran kami dah tercalar, (jadi) bermulalah episod meminta kembali duit kami.

"Punyalah susah nak pulangkan bermacam janji ditabur, bermacam helah dicipta untuk bayar balik duit kami.

"Doakan agar 'Datuk 'itu dapat bayar balik duit kami ya sahabat semua.

"Dulu dalam surat khabar gah bercerita, dalam TikTok, Facebook semua bercerita dia terhebat bawa jemaah ke tanah suci rupanya penipuan sahaja," luahnya.

BACA LAGI : [VIDEO] Tiga Pakistan maut dirempuh ketika ke masjid bersolat raya di Teluk Intan, pemandu positif ganja

Berdasarkan pemerhatian, penipuan tawaran pakej umrah melibatkan individu bergelar Datuk bukan pertama kali dilaporkan di negara ini.

Sebelum ini, media pernah melaporkan tentang taktik sama yang digunakan sebuah syarikat pelancongan.

Laporan pada tahun 2009 menyatakan mangsa hanya perlu membayar wang berjumlah RM2,200 untuk mengerjakan umrah manakala selebihnya ditaja 'Datuk' berkenaaan.

Situasi itu mengakibatkan seramai 19 individu Temerloh, Pahang kerugian keseluruhan sebanyak RM41,800.

Majoriti kini cuba mendapatkan reaksi pengendali umrah bagi mengesahkan perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram