KERJA-KERJA menyiapkan projek Jalan Pintasan Pakej Dua Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam, George Town, Pulau Pinang yang dijangka siap sebelum 31 Januari 2025 terpaksa ditangguhkan.
Ia susulan hujan lebat dan banjir kilat yang menyukarkan proses pembinaan di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri, Zairil Khir Johari memaklumkan, projek bernilai RM851 juta itu akan ditangguhkan berikutan faktor tersebut.
BACA LAGI: Dakwaan kereta Singapura sering jadi sasaran pencuri tidak benar — Polis Johor
BACA LAGI: Media Singapura bongkar sisi gelap bas ekspres Malaysia, PEMBAWA gesa MOT campur tangan
Peta perancangan projek berkenaan. — Facebook
"Terdapat juga beberapa kesan terhadap kerja-kerja di lereng bukit serta kawasan jalan secara langsung. Langkah berjaga-jaga juga diperlukan apabila hujan demi keselamatan semua. Kami berharap, kontraktor dapat mengikut tarikh akhir yang ditetapkan," katanya.
Tambah Zairil, keselamatan tanah dan cerun sementara pemantauan pergerakan telah dijalankan secara berterusan sejak bermulanya pembinaan pintasan sepanjang enam kilometer itu.
Pada Ahad lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, Pulau Pinang akan mengalami ribut petir setiap hari hingga Sabtu ini.
Pada Sabtu lepas, berlakunya insiden pokok tumbang di Jalan Macalister, George Town sehingga merosakkan lima kenderaan berhampiran.
Mengulas lanjut, Zairil berkata, pintasan itu dianggarkan akan mengurangkan sebanyak 40 minit pemanduan semasa antara Bandar Baru Air Itam dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Consortium Zenith Construction Sdn Bhd merupakan kontraktor yang bertanggungjawab dalam proses reka bentuk dan binaan, manakala Penang Infrastructure Corporation merupakan agensi pelaksana projek itu.
Projek tersebut yang terdiri daripada tiga persimpangan. — Facebook
Pakej Dua terdiri daripada tiga persimpangan iaitu Persimpangan Satu (di Lebuhraya Thean Teik), Persimpangan Dua (Jalan Bukit Gambir-Jalan Sultan Azlan Shah) dan Persimpangan Tiga (Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu).
Lebuh raya yang dijangka bebas tol tiu juga boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan paling padat penduduk.
Pintasan itu juga diharapkan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Batu Lanchang dan Jelutong.
"Untuk perlindungan cerun kekal, akan ada pemakuan tanah dan penambat, permukaan cerun granit (kontur), dan pemasangan sistem perparitan serta kolam tahanan untuk mengurangkan risiko sebanyak mungkin," katanya. — The Star/N.TRISHA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram