Dakwaan kereta Singapura sering jadi sasaran pencuri tidak benar — Polis Johor


  • 112
  • Selasa, 14 Mei 2024

Tangkap layar gambar yang dimuat naik pengguna Facebook Singapura tersebut pada 5 Mei lalu. — Facebook/SGKaypoh

POLIS menafikan dakwaan kereta Singapura sering menjadi sasaran pencuri ketika berada di Malaysia.

Ia selepas satu hantaran dimuat naik di Facebook SGKaypoh pada 5 Mei lalu bersertakan sekeping nota yang ditampal pada cermin sebuah kereta.

"Tolong jangan pecahkan tingkap saya lagi, tiada apa-apa untuk dicuri," mesej dalam nota tersebut.

BACA LAGI: Lagi kereta Singapura isi minyak RON95

BACA LAGI: Denda RM1 juta jika jual petrol bersubsidi kepada kenderaan asing

msg1050426791-32022

Raub Selamat menafikan dakwaan yang memburukkan imej Malaysia itu. — Facebook/Polis Segamat

Hantaran itu turut menyarankan kepada pemilik kenderaan warga Singapura melakukan perkara sama apabila memasuki Malaysia.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat bagaimanapun berkata, dakwaan itu tidak tepat dan jauh daripada realiti sebenar.

"Hantaran itu agak keterlaluan. Polis sentiasa komited untuk memastikan keselamatan semua, termasuk warga Singapura yang datang ke sini.

"Purata 250,000 kereta berdaftar Singapura memasuki Johor setiap hari dan jika semua kereta ini dipecahkan tingkapnya, maka kita akan melihat ramai orang membuat laporan di balai polis di sini," katanya pada Isnin.

Beliau menambah, peratusan kes melibatkan kereta dipecah adalah agak rendah dan ia merupakan insiden biasa.

"Untuk mengatakan kenderaan berdaftar Singapura sentiasa menjadi sasaran pencuri adalah tidak betul kerana polis juga menerima laporan rakyat Malaysia bahawa kereta mereka dipecah," katanya.

msg1050426791-32023

Pemandu kereta Singapura juga dinasihatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang Malaysia. — Gambar hiasan/Facebook

Tambahnya, pemilik kereta mempunyai kewajipan untuk tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan mereka mahupun meletakkan di kawasan gelap atau kawasan berbahaya.

"Sebagai sebahagian daripada inisiatif pencegahan jenayah kami, polis telah meningkatkan masa rondaan, terutamanya pada waktu malam," katanya lagi.

Sementara itu, hantaran tersebut juga menerima pelbagai reaksi daripada warga Facebook Malaysia yang mempersoalkan tindakan pemilik akaun Singapura terbabit.

Mengulas lanjut, pengguna Facebook Maveeran Jay dari Petaling Jaya, Selangor mempersoalkan mengapa sesetengah individu kerap menyimpan barang berharga di dalam kereta mereka.

Ahmad Taqiuddin pula berkata, rakyat Singapura harus saling hormat-menghormati apabila memasuki Malaysia, terutamanya ketika berada di jalan raya.

"Boleh tapi masuk Malaysia kena hormat jangan pandu laju jangan kurang ajar," ulasnya.

Pengguna Facebook Hairol Erol menambah, stesen minyak di Malaysia juga harus menggunakan poster seperti itu sebagai peringatan kepada pemilik kenderaan Singapura.

"Mungkin stesen minyak di Malaysia juga perlu meletakkan nota seperti ini," katanya sambil mengulas fakta bahawa terdapat beberapa kereta dengan nombor plat Singapura sering cuba mengisi minyak bersubsidi iaitu RON95. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram