Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong ke semua negeri di Malaysia — MOT


  • Primer
  • Isnin, 13 Mei 2024

Perkhidmatan bas dari Thailand kini dibenarkan memasuki semua negeri di Malaysia. — Gambar hiasan

PERKHIDMATAN bas dari Thailand kini dibenarkan memasuki semua negeri di Malaysia dengan membuat permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa kebenaran kemasukan itu tidak terhad kepada negeri berhampiran sempadan sahaja.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan fasa satu projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Lebih 30 jadi korban banjir lahar, aliran lava sejuk Gunung Marapi

BACA LAGI: [VIDEO] Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh — NUSPM

Transport Minister Anthony Loke Siew Fook speak to the media after distribute the  1,000 hari raya packet filled with cookies, dodol, drinks, kurma and money packet to the passenger were boarding at KTM KL Sentral in Kuala Lumpur, yesterday. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Anthony Loke menjelaskan bahawa kebenaran kemasukan itu tidak terhad kepada negeri berhampiran sempadan sahaja. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

“Perkara ini sudah diputuskan menerusi mesyuarat baru-baru ini dan mana-mana bas dari Thailand dibenarkan masuk. Mereka hanya perlu membuat permohonan kepada APAD sebelum permit sementara dikeluarkan.

“Bagaimanapun, bas dari Thailand terbabit perlu mengemukakan maklumat tertentu termasuk pakej pelancongan yang diambil, bilangan penumpang serta lokasi penginapan.

“Yang kita sekat adalah van dari Thailand kerana dibimbangi mereka masuk ke Malaysia dan akan mengambil penumpang menyebabkan industri pelancongan kita terjejas,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan bagi membincangkan isu sekatan kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan.

Susulan pertemuan yang dibuat Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi lampu hijau apabila membenarkan bas Thailand masuk ke Kelantan bermula bulan lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram