Pengusaha tidak menang tangan siapkan 300 tempahan capal sebelum raya


  • Bizz
  • Isnin, 10 Apr 2023

Beberapa pemimpin negara seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Tun Mohd Ali Rustam.  — Bernama

MENJELANG Aidilfitri, seorang pengusaha capal Kepala Batas, Pulau Pinang Badril Shahidan Hashim tidak menang tangan menyiapkan capal tradisional yang menerima tempahan tinggi daripada pelanggannya.

Badril Shahidan, 42, yang merupakan pemilik capal Ago Gemilang, berkata, dia menerima sehingga 300 tempahan capal setakat ini dan berusaha menyiapkannya setiap malam ketika Ramadan ini memandangkan perlu melayan pelanggan pada waktu siang.

"Saya akan cuba menyiapkan sekurang-kurangnya 25 pasang capal dalam tempoh 20 jam sehari, bergantung kepada corakcapal,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

KEPALA BATAS, 10 April -- Menjelang Aidilfitri, Badril Shahidan Hashim tidak menang tangan menyiapkan capal tradisional yang menerima tempahan tinggi daripada pelanggannya.Badril Shahidan, 42 yang merupakan pemilik ‘Capal Jago Gemilang’ berkata beliau menerima sehingga 300 tempahan capal setakat ini dan berusaha menyiapkannya sehingga malam ketika Ramadan ini.Badril Shahidan yang merupakan generasi kedua pembuatan capal dengan meneruskan legasi arwah bapanya Hashim Hassan yang mengusahakan pembuatan itu sejak 1958 berkata beliau terpaksa berhenti menerima tempahan pada masa ini memandangkan hanya menghasilkan capal berseorangan, namun apabila tempahan siap, beliau akan kembali menerima tempahan seminggu sebelum Aidilfitri.Beliau berkata, capalnya turut mendapat perhatian beberapa pemimpin negara dengan antara yang pernah membuat tempahan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.Capal yang dihasilkannya menggunakan kulit lembu, kambing dan kerbau yang dijual pada harga antara RM150 hingga RM480 sepasang.-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ketibaan bulan Ramadan dan Syawal membuatkan Badril Shahidan tidak menang tangan untuk menyiapkan tempatan capal. Bernama

Badril Shahidan yang merupakan generasi kedua pembuatan capal dengan meneruskan legasi arwah bapanya Hashim Hassan yang mengusahakan pembuatan itu sejak 1958 berkata beliau terpaksa berhenti menerima tempahan pada masa ini memandangkan hanya menghasilkan capal berseorangan, namun apabila tempahan siap, dia akan kembali menerima tempahan seminggu sebelum Aidilfitri.

"Saya telah menerima tempahan termasuk pelanggan dari Terengganu, Kelantan, Perak, Kuala Lumpur dan Melaka. Saya turut menerima tempahan secara dalam talian menerusi Shopee dan Lazada,” katanya

Beliau yang belajar menghasilkan capal daripada arwah bapanya sejak berusia sembilan tahun berkata masih ramai yang memilih menggunakan capal kerana ketahanan dan pembelian yang berbaloi.

KEPALA BATAS, 10 April -- Menjelang Aidilfitri, Badril Shahidan Hashim tidak menang tangan menyiapkan capal tradisional yang menerima tempahan tinggi daripada pelanggannya.

Badril Shahidan, 42 yang merupakan pemilik ‘Capal Jago Gemilang’ berkata beliau menerima sehingga 300 tempahan capal setakat ini dan berusaha menyiapkannya sehingga malam ketika Ramadan ini.

Badril Shahidan yang merupakan generasi kedua pembuatan capal dengan meneruskan legasi arwah bapanya Hashim Hassan yang mengusahakan pembuatan itu sejak 1958 berkata beliau terpaksa berhenti menerima tempahan pada masa ini memandangkan hanya menghasilkan capal berseorangan, namun apabila tempahan siap, beliau akan kembali menerima tempahan seminggu sebelum Aidilfitri.

Beliau berkata, capalnya turut mendapat perhatian beberapa pemimpin negara dengan antara yang pernah membuat tempahan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Capal yang dihasilkannya menggunakan kulit lembu, kambing dan kerbau yang dijual pada harga antara RM150 hingga RM480 sepasang.

-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA


Capal yang dihasilkan Badril Shahidan bukan sahaja digunakan oleh masyarakat Melayi, tetapi kaum seperti India dan Cina turut membeli daripadanya. Bernama

"Saya mempunyai pelanggan daripada kaum India, Melayu dan Cina. Saya sediakan capal putih untuk pelanggan India kerana sesuai dipakai ke kuil. Saya hasilkan capal mengikut kehendak pelanggan,” katanya.

Badril Shahidan berkata selain pelanggan tempatan, beliau turut menerima tempahan daripada pelanggan dari Singapura, Brunei dan Australia.

Katanya capalnya turut mendapat perhatian beberapa pemimpin negara dengan antara yang pernah membuat tempahan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Capal yang dihasilkannya antaranya menggunakan kulit lembu, kambing dan kerbau yang dijual pada harga antara RM150 hingga RM480 sepasang. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram