APLIKASI Dinaruna yang bercirikan Islam dengan menawarkan pelbagai informasi tentang agama Islam termasuk bacaan al-Quran, kiblat dan bayaran zakat memberikan sentuhan tambahan terhadap platform digital itu.
Bagi memberi tambah nilai kepada aplikasi tersebut, Dinaruna mengadakan kerjasama dengan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) dan Kagat (Kor Agama Angkatan Tentera) dalam satu majlis yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Jalinan dua organisasi tersebut menawarkan perkhidmatan Sadaqah Barang menerusi aplikasi Dinaruna sekali gus dapat membantu golongan yang memerlukan.
Penolong Pengurus Besar Perniagaan Pernama, Sayed Ali bin Cazi Muhammed (duduk dari kiri), Pengurus Besar Pernama, Mat Rostam Mat Abas, Pengarah Urusan Dinaruna, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Dinaruna, Datuk Azwanddin Hamzah.
Sadaqah Barang adalah salah satu solusi yang mana Dinaruna memberikan ruang kepada individu untuk bersedekah tidak mengira sama ada dalam kalangan anggota tentera atau kumpulan sasar.
Platform ini secara tidak langsung membantu Kagat untuk mencapai objektif mereka iaitu meringankan beban golongan kurang berkemampuan.
Setiap barangan sumbangan akan diagihkan mengikut penerima yang layak antaranya anggota tentera memerlukan, bekas tentera, mangsa bencana, anak yatim, asnaf dan warga emas.
Sumbangan boleh dilakukan mengikut kemampuan berdasarkan pilihan jumlah iaitu RM5, RM10, RM25, RM50 dan RM100 di aplikasi Dinaruna.
Tandatangan dokumen perjanjian kerjasama diantara Dinaruna Sdn Bhd dan Pernama.
Pihak Pernama akan menyediakan pek barangan bernilai RM25 kepada penerima, namun akan diubah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Kagat turut membuat potongan gaji bagi tujuan pembayaran zakat secara terus melalui platform Dinaruna kepada hampir 120,000 anggota tentera di seluruh negara.
Aplakasi tersebut akan digunakan oleh tentera untuk berwaqaf dan bersedekah.
Majlis menandatangi perjanjian kerjasama tersebut disempurnakan oleh Penolong Pengurus Besar Perniagaan Pernama, Sayed Ali Cazi Muhammed, Pengurus Besar Pernama Mat Rostam Mat Abas, Pengarah Urusan Dinaruna, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Dinaruna, Datuk Azwanddin Hamzah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram