Terpaksa hadkan tempoh kerja ‘part time’ cuti semester, antara akibat pelajar Malaysia di Australia kena tanggung gara-gara perubahan integriti visa


  • Massa
  • Ahad, 12 Mei 2024

Pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Australia dikenakan beberapa syarat baharu susulan kegiatan penyalahgunaan visa ketika belajar. — Gambar hiasan/Agensi

SELAIN Amerika Syarikat, Jepun atau Korea, Australia merupakan antara destinasi popular dalam kalangan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

Lebih menarik minat ramai apabila Australia menawarkan peluang baik untuk para pelajar antarabangsa tinggal dan bekerja sedang dan selepas menamatkan pengajian.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese sebelum ini memaklumkan bahawa jumlah penghijrahan dijangka mencapai kemuncak 510,000 di antara 2022 hingga 2023.

BACA LAGI: Premis MARA dijadikan stor atau tidak beroperasi, diberi notis 2 bulan sebelum dikosongkan

BACA LAGI: Polis sedia edar lakaran fotofit suspek simbah asid Faisal Halim

0805_BD_VISA

Australia merupakan antara lokasi terkenal dalam kalangan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian. — Gambar hiasan/Agensi

Menteri Dalam Negeri Australia, Clare O'Neil pula berkata, peningkatan penghijrahan ke negara itu pada dua tahun tersebut kebanyakannya didorong oleh pelajar antarabangsa.

Susulan itu, kerajaan negara itu mengambil langkah memperketatkan peraturan visa khusus buat pelajar antarabangsa dan pekerja asing kurang mahir.

Langkah tersebut juga dilakukan untuk mengurangkan separuh kemasukan migran selain berusaha memperbaiki sistem migrasinya.

Sebelum ini, pada 2018, jurucakap kerajaan Australia mengesahkan bahawa Malaysia antara negara yang banyak terlibat dalam kes penyalahgunaan visa selain China, AS, United Kingdom dan India.

Hal ini kerana, sebahagian besarnya disebabkan oleh rakyat Malaysia yang mengambil pekerjaan sebagai pemetik buah tanpa permit kerja sewajarnya.

Australia kemudiannya memutuskan untuk melakukan perubahan baharu dalam penggunaan visa pelajar.

Pada 8 Mei 2024, pihak berkuasa Australia menaikkan had kadar simpanan pelajar antarabangsa yang mewajibkan sekurang-kurangnya RM100,000 (A$29,710) untuk mendapatkan visa pelajar.

Screenshot (1522)

Australia mengambil langkah mengetatkan peraturan pemegang visa pelajar antarabangsa. — Gambar hiasan/Agensi

Langkah itu susulan peningkatan sebelumnya daripada RM65,837 (A$21,041) kepada RM76,676 (A$24,505) pada Oktober 2023.

Kenaikan tersebut turut dijangka memberi kesan kepada sekitar 15,000 pelajar Malaysia yang sedang belajar atau merancang untuk melanjutkan pelajaran di Australia.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi syarat-syarat baharu yang dikenakan kepada pelajar yang mahu melakukan pengajian di negara itu.

1. Menggantikan penggunaan GTE dengan GS

Seperti yang diumumkan dalam Strategi Migrasi yang dikeluarkan pada 11 Disember 2023, kerajaan Australia telah menggantikan penggunaan Genuine Temporary Entrant (GTE) dengan Genuine Student (GS) dengan soalan khusus.

Penggunaan GS adalah langkah penting dalam proses permohonan visa pelajar dan ia terpakai kepada permohonan visa pelajar yang dilakukan pada atau selepas 23 Mac 2024.

Bagaimanapun, permohonan visa pelajar yang dibuat sebelum 23 Mac lalu akan terus dinilai mengikut keperluan GTE.

Keperluan GS juga digunakan untuk menyelaraskan cara permohonan dan penilaian di samping memudahkan kerajaan untuk mengenal pasti pelajar tidak sah.

2. Meningkatkan keperluan kemahiran bahasa Inggeris

Bermula 23 Mac 2024, kemahiran berbahasa Inggeris bagi memohon visa pelajar di Australia ditingkatkan.

Kerajaan juga mempunyai kuasa untuk menggantung penyelia pendidikan jika mengambil pelajar antarabangsa yang berulang kali melanggar peraturan.

Langkah itu diambil selepas peningkatan kadar penghijrahan sebanyak 60 peratus setahun direkodkan.

Ujian pelajar sah baharu juga akan diperkenalkan dalam usaha berterusan untuk membanteras pelajar antarabangsa yang ingin datang ke Australia berniat mahu bekerja.

4. Hadkan waktu bekerja sambilan kepada 48 jam

Pemegang visa pelajar yang mahu melakukan kerja atau kerja sambilan dihadkan tidak melebihi 48 jam dua minggu ketika masih dalam semester pengajian mulai 1 Julai 2023.

Screenshot (1523)

Pelajar yang memegang visa Australia tidak dibenarkan bekerja melebihi 48 jam setiap dua minggu. — Gambar hiasan/Agensi

Had tersebut membolehkan pelajar menumpukan perhatian untuk mendapatkan pendidikan dan kelayakan Australia berkualiti di samping memperoleh pengalaman kerja yang berharga serta menyumbang kepada keperluan tenaga kerja negara.

Kelonggaran pemegang visa pelajar untuk bekerja melebihi had biasa iaitu 40 jam setiap dua minggu ditamatkan sejak 30 Jun 2023.

Namun, pengecualian waktu bekerja itu dikecualikan untuk yang berkecimpung dalam industri penjagaan warga emas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram