[VIDEO] 'Motor tu la mudahkan urusan ulang-alik belajar', 26 motor pelajar UniMAP hangus terbakar di parkir asrama


  • Massa
  • Sabtu, 11 Mei 2024

26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil di kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau, Perlis pada Sabtu.

IBU bapa sentiasa berusaha yang terbaik untuk memberikan kehidupan yang sempurna buat anak mereka.

Semasa anak memasuki menara gading, segelintir orang tua sanggup 'mengikat perut' untuk mengumpul wang bagi membeli keperluan anak seperti kenderaan dan pakaian.

Mendengar khabar mengenai kemusnahan motosikal membabitkan pelajar universiti pastinya mengundang rasa panik dan pilu kepada ramai pihak.

BACA LAGI: [VIDEO] Dipercayai dibaling bom petrol, pusat hiburan KL terbakar angkara khianat

BACA LAGI: Rumah terbakar 100 peratus di Sandakan, wanita warga emas rentung

436118454_435326655862702_8781032887005755254_n

26 motosikal musnah dalam kebakaran di UniMAP, Perlis pada Sabtu.

Pada pagi Sabtu, netizen dikejutkan dengan berita mengenai sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil di kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, Arau, Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

"Punca kebakaran masih belum diketahui dan masih menunggu laporan pemeriksaan dari Forensik Bomba. Pegawai Penyiasat Jenayah telah melawat tempat kejadian untuk siasatan awal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menerusi hantaran di media sosial, ramai ibu bapa yang risau akan nasib anak-anak yang berada di universiti berkenaan.

Antaranya, seorang pengguna, Adyla Naser mengakui terus menelefon anaknya yang belajar di UniMAP susulan berita itu.

"ALLAH.. Terus call anak dekat UniMAP. Nasib baik motosikal anak tidak terlibat. Alhamdulllah harap dapat tangkap si pelaku," tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Mi Sure Ddo pula berasa motosikal itu pastinya sangat berharga buat seseorang apatah lagi masih bergelar seorang pelajar.

"Motor itulah kenderaan yang memudahkan urusan berulang alik mereka yang belajar dan pastinya ianya sangat berharga buat mereka.

"Moga siasatan yang dijalankan menghukum mereka yang bersalah jika ada unsur jenayah. Moga Tuhan gantikan dengan rezeki lebih baik buat yang diuji," tulisnya.

Pengguna lain, Grace Lily pula berharap agar pihak universiti membuat tabungan untuk membolehkan orang ramai menyumbang kepada para pelajar yang terjejas.

"UniMAP, buat tabunglah. Insya-ALLAH saya bagi sumbangan dan mungkin ramai juga yang lain akan beri sumbangan. Saya sangat simpati dengan pemilik motosikal itu semua. Tak semua orang berduit senang-senang mahu tukar motosikal," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram