Premis MARA dijadikan stor atau tidak beroperasi, diberi notis 2 bulan sebelum dikosongkan


  • Massa
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Pihak pengurusan MARA digesa untuk mengambil tindakan wajar terhadap premis yang dijadikan stor atau tidak beroperasi. — Gambar hiasan/Agensi

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana premis MARA yang dijadikan stor atau tidak dibuka sebagaimana perjanjian akan diberi notis dua bulan sebelum dikosongkan.

Ia merupakan satu langkah drastik Program Transformasi Premis Komersil MARA bagi memastikan premis terbabit terus berfungsi untuk membantu usahawan Bumiputera menjana pendapatan.

Beliau juga memohon kepada semua pengurus MARA Daerah seluruh Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya.

BACA LAGI: Polis sedia edar lakaran fotofit suspek simbah asid Faisal Halim

BACA LAGI: PRK KKB: Keputusan dijangka diketahui pukul 10 malam

Umno Youth chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki were seen after their meeting at the Menara Dato Onn on Thursday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. March 12, 2020.

Asyraf Wajdi menegaskan mahu memantau perkembangan dari masa ke masa. — The Star

"Saya sendiri akan pantau dan dapatkan maklumat mengenai perkembangannya daripada pihak pengurusan melalui Mesyuarat Majlis setiap bulan.

"Program Transformasi ini bukan sekadar untuk merubah wajah premis-premis MARA seperti Arked, Bazar dan lain-lain supaya nampak lebih segar dan progresif dengan peredaran zaman.

"Tetapi yang paling penting, mampu menjana ekonomi dengan membuka peluang-peluang kepada usahawan Bumiputera yang serius untuk memajukan perniagaan masing-masing," katanya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan, sebanyak 7,289 premis komersial milik MARA akan berwajah baharu menerusi program Transformasi Premis MARA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram