KKM sedia tangani isu vaksin AstraZaneca, bakal jelaskan data berkaitan kesan sampingan


  • Primer
  • Ahad, 12 Mei 2024

KKM sedia menangani isu tersebut susulan pengumuman AstraZeneca untuk menarik kembali vaksin di seluruh dunia yang berkuat kuasa pada 7 Mei lalu. — Gambar hiasan/Agensi

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedia menangani isu berkaitan vaksin AstraZeneca yang kini menimbulkan rasa bimbang kepada orang ramai.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya akan menjelaskan data berhubung kesan buruk, isu dan pengumuman yang dilakukan oleh AstraZeneca.

Beliau berkata demikian selepas Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2024 di Putrajaya pada Ahad.

BACA LAGI: Vaksin Cominarty, AstraZeneca, Coronavac disyor dos penggalak

BACA LAGI: Ibu kecewa, cari peguam bela kes bayi kena cucuk vaksin sampai 18 kali ganda dos biasa

Deputy Health Minister Datuk Lukanisman Awang Sauni delivering his speech during the International Nurses Day celebration at The Everly Hotel in Putrajaya yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Lukanisman Awang memaklumkan bahawa penjelasan lebih terperinci akan dikeluarkan KKM dalam masa terdekat. — The Star

"Terdapat kes kesan sampingan yang tidak diingini ketika vaksinasi tetapi tidak khusus pada AstraZeneca sahaja. Kerajaan mempunyai data, dan kami akan mengumumkannya kerana ia penting kepada orang ramai," katanya.

Jika kesan sampingan berpunca daripada vaksin itu, beliau berkata, pihak kementerian akan sedia tanganinya.

Pada 7 Mei lalu, agensi Telegraph melaporkan bahawa syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia.

Menurut laporan itu, vaksin tersebut tidak lagi boleh digunakan di negara Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik kebenaran pemasaran vaksin tersebut.

Berdasarkan laporan itu, permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac lalu dan berkuat kuasa pada 7 Mei lepas.

United Kingdom dan negara lain akan membuat permohonan serupa pada Jun depan walaupun sebelum ini mereka telah meluluskan penggunaan vaksin dikenali sebagai Vaxzevria itu.

Screenshot (1532)

AstraZeneca sebelum ini menarik kembali vaksin itu di seluruh dunia. — Gambar hiasan/Agensi

Dalam perkembangan lain, Lukanisman memberitahu pengambilan jururawat asing sudah dimulakan sejak tahun lalu, dan tempoh pengambilan itu dijangka berlarutan sehingga Oktober tahun ini.

"Proses pengambilan sangat ketat kerana kami tidak mahu mengambil jururawat yang tidak berkelayakan," katanya.

Pengarah kejururawatan kementerian, Devi K Saravana Muthu yang turut hadir berkata, setakat ini seramai 101 jururawat warga asing telah diambil bekerja walaupun hanya di sektor swasta.

"Jururawat ini datang dari India, Sri Lanka, Filipina dan Indonesia dan menjalani saringan yang ketat," tambahnya. — The Star/HO JIA WEN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram