PN mahu hantar petisyen kepada SPR, cabar kemenangan PH di KKB


  • Politik
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Faizal berkata PN akan hantar petisyen kepada SPR. — AZHAR MAHFOF/The Star

PERIKATAN Nasional (PN) akan menfailkan petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu jika mempunyai alasan yang mencukupi.

Menurut Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Faizal Azumu, pihaknya pasti akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mereka mendakwa Pakatan Harapan menyalahgunakan kuasa dalam PRK kali ini.

"Kami akan lihat apa yang kami boleh buat dan semestinya kami akan ambil tindakan lanjut," katanya ketika sidang akhbar di pusat operasi PN Batang Kali pada Sabtu.

BACA LAGI: [RASMI] PRK KKB: PH menang di KKB, Pang Sock Tao mendahului 3 pencabar lain

BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen

Perak Menteri Besar Datuk Seri Faizal Azumu.

Faizal merupakan Timbalan Presiden BERSATU. — RONNIE CHIN/The Star

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan untuk dijadikan sebagai jentera kempen pada PRK tersebut dan mereka akan menghantar petisyen seandainya PN kalah.

Dan jangkaan petisyen itu akan dihantar boleh berlaku kerana PH berjaya mengekalkan kerusi di KKB apabila Pang Sock Tao menang dengan undi sebanyak 14,000.

Dia menewaskan calon PN, Khairul Azhari Saut yang meraih 10,131 undi serta Nyau Ke Xin (Bebas) serta Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dengan kedua-duanya cuma mampu memperoleh 188 dengan 152 undi.

Dalam masa yang sama, Faizal menerima kekalahan tersebut dan menyatakan PN akan bekerja lebih keras bagi memenangi pilihan raya akan datang.

Faizal berkata jumlah keluar mengundi yang kurang turut memberi kesan kepada keputusan PRK kali ini.

"Kita mendapati kumpulan terutamanya golongan yang bekerja di luar tidak mengambil kesempatan kali ini untuk pulang mengundi. Kita lihat di situ ada peratusan yang rendah. Kalau dari segi boikot saya lihat lebih kepada pihak yang sebelah sana yang kita lihat.

"Peratusan keluar mengundi juga kurang dalam 61 peratus saja. Kami terima keputusan itu dan akan bekerja lebih keras pada masa akan datang.

"Insya-ALLAH, kami akan kembali semula di KKB," ujar Faizal. — The Star/TARRENCE TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram