[VIDEO] Kes gila talak di Jawa Barat, lelaki nekad bakar kereta, rumah bekas isteri enggan rujuk semula


  • Benua
  • Khamis, 09 Mei 2024

Tangkap layar seorang lelaki mengamuk dan nekad membakar rumah serta kereta isterinya kerana permintaan rujuk semula ditolak di Indonesia baru-baru ini. — Agensi

SEORANG lelaki mengamuk dan nekad membakar rumah serta kereta isterinya kerana permintaan rujuk semula ditolak.

Kejadian itu berlaku di Majalengka dekat Jawa Barat, Indonesia pada Selasa dan tindakan lelaki itu juga turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, suspek Ikin Sadikin, 38 tahun dan isterinya, Yeni Susilawati difahamkan sudah bercerai sejak dua minggu lalu selepas mendirikan rumah tangga selama tujuh bulan.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki motosikal kemalangan depan sekolah

BACA LAGI: [VIDEO] Anak penjual daging kambing bunuh, kerat isteri dedah suspek terbeban masalah kewangan — Polis

Menceritakan semula peristiwa itu, Yeni berkata, bekas suaminya itu bertindak membakar keretanya yang diletakan di sebuah kawasan parkir pasar raya dekat Rajaguluh terlebih dahulu.

"Dia kemudiannya bertindak membakar rumah saya yang terletak di Desa Kubung.

"Dia (Ikin) nak rujuk semula tetapi saya tak mahu dan terus menolak.

"Susulan itu, Ikin marah dan nekad membakar kereta serta rumah saya," katanya.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

penampakan-rumah-dan-mobil-yeni-usai-dibakar-ikin-1_169

Keadaan rumah Yeni yang dibakar oleh bekas suaminya. — Agensi

Tambah Yeni lagi, sebelum kejadian tersebut, Ikin sempat mengunggut untuk mencederakan dirinya.

"Dia ada buat ugutan dan berlaku kasar.

"Ikin tak boleh terima saya menolak untuk kembali kepadanya.

"Niat itu ada tetapi saya tak suka dia suka mabuk dan pukul saya," tambahnya lagi.

Susulan daripada peristiwa itu, Yeni kini terpaksa menumpang di rumah kedua orang tuanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Rajuguluh, Rusli Iskandar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kami terima laporan daripada mangsa dan suspek masih lagi dalam siasatan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram