[VIDEO] Tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai KP SPRM disambung setahun lagi


  • Primer
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Pelantikan semula Azam itu itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan pada Jumaat.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melantik semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun, berkuat kuasa Ahad.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024," menurut kenyataan tersebut.

BACA LAGI: Pokok tumbang: Kena sentiasa pantau sebab tumbuhan berubah setiap hari — Pakar

BACA LAGI: Keputusan SPM diumum 27 Mei

Azam pertama kali dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020, bagi menggantikan Latheefa Koya.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM selama empat tahun bermula 2016, selain memegang jawatan Pengarah Risikan dan Pengarah Bahagian Siasatannya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram