CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula pada pukul 10 pagi 27 Mei depan.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri masing-masing tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
BACA LAGI: FAM bimbang Arif Aiman jadi 'target' seterusnya
BACA LAGI: 'Kami beri love, Faisal Halim balas dengan matanya seolah tersenyum'
“Calon sekolah dan swasta juga boleh menyemak keputusan mereka melalui myresultspm.moe.gov.my. Selain itu, semua calon boleh menyemak keputusan mereka melalui mySMS dengan menaip SPM (jarak) MyKad (jarak) nombor indeks dan menghantarnya ke 15888 bermula dari 10 pagi pada 27 Mei hingga 6 petang pada 2 Jun,” kata kementerian itu.
Seramai 395,870 calon menduduki SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram