'Faisal Halim dah boleh makan, semangat nak jalani aktiviti bola sepak'


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

Faisal sudah menjalani dua pembedahan sejak alami serangan asid oleh pihak tidak dikenali di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu.

PENYERANG Selangor FC, Faisal Halim berada dalam keadaan lebih baik selepas menjalani pembedahan kedua berikutan serangan asid dialaminya pada Ahad lalu.

Perkembangan itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas menziarahinya bersama Raja Muda Selangor, Tunku Amir Shah pada Rabu.

BACA LAGI: Ifedayo antara 3 bintang, bakal hantui bos lama dalam aksi pembukaan Liga Super

"Alhamdulillah, selepas alami pembedahan kedua selama tiga jam, pakar memberitahu keadaannya adalah cukup-cukup baik, terima kasih atas doa semua.

"Faisal Halim sudah boleh makan serta dia sendiri sudah teruja untuk bangun dan jalani aktiviti bola sepak, ini sangat membanggakan kerana dia membuktikan keazaman cukup hebat," katanya.

BACA LAGI: 'Untuk psikologi, biarkan sahaja dahulu Faisal, Akhyar'

IMG_3358-700x472

Serangan asid terhadap Faisal Halim mencetuskan kejutan dalam dunia bola sepak tempatan.

Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun hanya boleh makan makanan berbentuk cecair dan dia masih perlu berada di bawah pemerhatian rapi untuk tempoh yang tidak diketahui.

Jelasnya lagi, pemain kebangsaan itu masih perlu menjalani beberapa pembedahan lagi dengan proses pemulihan dibuat secara berperingkat.

"Inysa-ALLAH, dalam masa seminggu ini, akan ada lagi. Tetapi, apabila berkata mengenai pembedahan, jangan rasa alarming kerana kesemua proses ini perlu dibuat secara berperingkat," katanya.

Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah dengan asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli belah dekat, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram