Kelantan ikut kerajaan Persekutuan selaraskan kenaikan gaji penjawat awam


  • Primer
  • Selasa, 07 Mei 2024

Nassuruddin (kiri) mengatakan penjawat awam Kelantan bakal menikmati pelarasan kenaikan gaji. — Facebook

KERAJAAN negeri Kelantan akan mengambil inisiatif yang sama dilakukan oleh Persekutuan iaitu menyeleraskan kenaikan gaji para penjawat awamnya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya sedang melakukan pemerhatian untuk melaksanakan usaha sedemikian.

Kata Nassuruddin, pelarasan gaji penjawat awam itu akan dilaksanakan seiring dengan kemampuan kerajaan negeri.

BACA LAGI: Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, pendapatan bulanan cecah RM2,000 — PM Anwar

BACA LAGI: Ketua jabatan jangan pilih bulu elak penjawat awam bermasalah terima kenaikan gaji — Cuepacs

NasruddinD

Nassuruddin mengatakan perancangan pelarasan itu masih di peringkat awal. — Agensi

"Kita akan mengikut kerajaan Persekutuan dan kita akan selaras (kenaikan gaji penjawat awam negeri), Insya-ALLAH," kata Nassuruddin memetik laporan Astro Awani.

Setakat ini, tiada lagi perkembangan mengenai hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan pelarasan tersebut.

Tetapi jika ia benar mahu dilaksanakan, ia pasti akan diterima baik oleh para penjawat awam di negeri itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan kenaikan gaji penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja, 1 Mei lalu.

Dalam pengumuman tersebut, Anwar mengatakan penjawat awam di peringkat kerajaan Persekutuan akan menikmati kenaikan gaji sehingga 13 peratus bermula 1 Disember 2024.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram